suria

Hairul Azreen Ditegur Fitnah Pembuat Kek

Hairul Azreen mendakwa kek istimewa hari jadi untuk Hanis Zalikha tidak sampai pada selepas ditempah.

PETALING JAYA: Seorang pembuat kek iaitu Siti Saleha Idris, 34, menegur sikap buruk pelakon Hairul Azreen kerana memuat naik gambar kek di Instagram miliknya dengan kapsyen tuduhan dan fitnah.

Siti Saleha berkata, perbuatan Hariul Azreen itu bukan sahaja mencalarkan reputasinya tetapi dikesalkan apabila dia tidak tahu kisah sebenar disebalik hal berhubung kek tersebut.

"Hairul telah mengambil gambar kek di Instagram saya lalu dimuat naik di Instagram miliknya dengan kapsyen yang berunsur fitnah, saya gagal menyiapkan kek untuk Hanis Zalikha.

“Perkara itu ternyata tidak benar kerana pada 9 Oktober lalu kira-klira pukul 6 petang saya dihubungi oleh seseorang yang mahu saya membuatkan kek berbentuk barbie doll  dengan segera dan ia perlu dihantar ke satu lokasi dua jam kemudian.

“Bagaimanapun saya terpaksa menolak tempahan itu kerana masa diberikan terlalu singkat. Saya juga tidak ambil apa-apa deposit,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Gambar kek yang dimuat naik Hairul menimbulkan kemarahan pengikutnya terhadap pembuat kek yang dituduh tidak bertanggungjawab.


Terdahulu Hairul Azreen, 26,  menerusi laman Instagram miliknya pada 10 Oktober lalu telah memuat naik gambar kek dengan kapseyn kecewa kerana tempahan kek sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya, Hanis Zalikha, 24, gagal disiapkan.

Dalam pada itu Siti Saleha berkata, dia turut difahamkan kek ulang tahun itu seharusnya dibuat oleh pembuat kek lain namun ia tidak dapat disiapkan kerana perkara tertentu.

"Saya rasa mungkin Hairul sendiri tidak tahu hal sebenar kerana tempahan itu dibuat oleh orang lain yang mana saya difahamkan saya adalah individu kedua yang diminta membuat kek berkenaan.

"Apa yang saya kesalkan tindakan dia ‘mencuri’ gambar rekaan kek di Instagram saya itu dengan kapsyen berunsur fitnah telah menjejaskan reputasi perniagaan  sehinggakan saya terpaksa padam komen negatif daripada peminatnya," ujar Siti Saleha.

Jelas Siti Saleha, dia juga sebelum ini pernah memberi tajaan kek untuk hari jadi beberapa artis tempatan termasuk Adi Putra dan Izreen Azminda tetapi tidak ada apa-apa masalah berlaku kerana mereka membuat tempahan awal.

"Saya tidak ada masalah jika dia (Hairul) mahu saya sponser kek tersebut namun perlu ada cara iaitu dengan membuat tempahan sebulan atau seminggu awal supaya mudah untuk saya buat persiapan," ujarnya.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Sementara itu, seorang lagi peniaga kek yang dikenali sebagai CanDiva turut meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu melalui wakilnya mengambil sikap acuh tidak acuh dalam urusan tempahan kek berkenaan.

Jelasnya, Hairul gagal membayar deposit yang sepatutnya sehingga dia tidak dapat menyiapkan kek istimewa itu pada hari diminta.

"Saya kesal apabila pihak Hairul yang membuat tempahan kek itu seperti tidak serius, ketika diminta bayar deposit ada sahaja alasan yang diberikan.

"Jadi kami tidak buat apa-apa untuk tempahan itu, namun pihak kami sudah beritahu awal-awal kepada mereka jika tidak ada deposit maka kami tidak akan buat," ujarnya.

Sementara itu, pelakon Hairul Azreen ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu.

 

Hairul Azreen, Hanis Zalikha

Artikel Lain