KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) dengan lapan pencalonan termasuk Album Terbaik menerusi album Fragmen. Single pertama daripada album tersebut iaitu Lebih Indah turut dicalonkan dalam dua kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu. Manakala lagu Jagalah Dia Untukku dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik bersaing dengan Alyah (Sesal Separuh Nyawa), Shila Amzah (Tulus) manakala Alif Satar mempertaruhkan dua lagu iaitu Kerna Dia dan Kesempatan Kedua. Shila turut menerima tiga lagi pencalonan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Wanita (Masih Aku Cinta), Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik. Pada tahun ini juga menyaksikan Siti Nurhaliza, 34, membuat kemunculan dalam kategori Lagu Pop Etnik menerusi lagu Popaleh Weh. Rosmin Hashim (kiri) menerima keputusan akhir pencalonan Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) daripada juruaudit, Lam Shuh Siang. Artis lain yang dicalonkan juga dalam kategori tetsebut adalah Noraniza Idris, Azmir Arif, Fauziah Suhaili dan Ahmad Fedtri Yahya. Siti Nurhaliza turut menerima pencalonan dalam kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik (Fragmen dan Konsert Lantera Timur Datuk Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia). Sementara itu, Joe Flizzow mendapat enam pencalonan pada AIM kali ini menerusi album solonya, Havoc dan kolaborasi bersama kumpulan Sleeq, Ila Damiaa dan SonaOne. Untuk album Havoc, Joe dicalonkan dalam kategori Video Muzik Terbaik menerusi lagu Apa Khabar dan ia turut menerima pencalonan dalam Lagu Hip Hop Terbaik. Lagu Havoc dan Tepi Sikit kolaborasi bersama Sleeq turut dicalonkan dalam kategori sama. Joe juga turut mendapat pencalonan dalam kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi lagu duet bersama Illa Damiaa iaitu Di Sebalik. Dalam pada itu, bagi kategori Album Terbaik, calon yang turut bertanding adalah Salamiah Hassan (Aku), Stacy (#1), dan Wings (Menakluk Kosmos). Bagi kategori Artis Baharu Terbaik, lima artis yang tercalon adalah Azmarul Azuan, Fakhrul Razi, Poova, Russell Curtis Project dan SonaOne. SonaOne turut dicalonkan dalam kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik iaitu No More. Antara calon lain yang bertanding adalah Liza Hanim, Akim Ahmad, Forteen, Azhael, Noraniza Idris, Nora dan Spider. Antara artis dan juga karyawan yang berjaya ke peringkat akhir AIM 21 yang akan berlangsung pada 6 Disember depan. Meningkat 20 Peratus – Rosmin Hashim Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim berkata, tahun ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 20 peratus atau 670 calon yang menghantar penyertaan. Jelas Rosmin, pihaknya melantik 67 orang juri profesional untuk menilai dan memberi markah kepada semua pencalonan untuk 20 kategori dipertandingkan. "Berbanding tahun lalu hanya 564 pencalonan yang kami terima dan peningkatan pada tahun ini menunjukkan petanda baik kepada industri muzik," jelasnya. Antara juri yang terlibat dalam pemilihan calon adalah Datuk Adnan Abu Hassan, Acis, Aubrey Suwito, Helen Yap, Joe Wings dan Sharon Paul. Rosmin turut memberitahu AIM 21 akan diadakan pada 6 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria. Berikut adalah sebahagian pencalonan lima terbaik AIM 21 Album Terbaik 1. #1 - Stacy 2. Aku - Salamiah Hassan 3. Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza 4. Menakluk Kosmos - Wings 5. Shila Amzah - Shila Amzah Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu 1. Ahmad Ahmad - Dah 2. Akim Ahmad - Mewangi 3. Faizul Sany - Perempuan 4. Kroll (Persis) - Ruang Hati 5. Riz Zaizizi - Sempurnakanlah Aku dan Dia Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu 1. Liza Hanim - Egoismu 2. Adira - Hilang 3. Poova - Just Another Day 4. Datuk Siti Nurhaliza - Lebih Indah 5. Shila Amzah - Masih Aku Cinta Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu 1. Hani & Zue - Biar 2. Forteen - Dikau Saja 3. Azhael - Hujung Waktu 4. Tiga - Pengakuan 5. Suwara - Racun Termanis Lagu Pop Terbaik 1. Dato Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku 2. Alif Satar - Kerna Dia 3. Ali Satar - Kesempatan Kedua 4. Alyah - Sesal Separuh Nyawa 5. Shila Amzah – Tulus Lagu Hip Hop Terbaik 1. Joe Flizzow feat SonaOne - Apa Khabar 2. Joe Flizzow feat Altimet & SonaOne - Havoc 3. Altimet feat The Trisno Trio - Hello 4. Haiza feat Filsuf - Kerana 5. Sleeq & Joe Flizzow - Tepi Sikit Lagu Rock Terbaik S.O.G - Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus 2. Spider - Ayat Penyengat 3. Drama Band - Jiwa 4. Bunkface feat Amy Search - Rentak Laguku 5. Mojo – Romancinta Artis Baru Terbaik 1. Azmarul Azuan 2. Fakhrul Razi 3. Poova 4. Russell Curtis Project 5. SonaOne Lagu Inggeris Tempatan Terbaik 1. Poova - Faketown 2. Nadhira feat David Cook - Fire 3. Razlan Shah feat One Night Service - Flowers 4. SonaOne - No More 5. Russell Curtis Project – Sons Lagu Pop Etnik Terbaik 1. Ihab Ismail - Akar Kita Zapin 2. Noraniza Idris, Azmir Arif, Razis Ismail - Kalimah Lebaran 3. Datuk Siti Nurhaliza - Popaleh Weh 4. Ihab Ismail & Ahmad Fedtri Yahya - Puncak Gapura 5. Fauziah Suhaili - Zapin Seloka Kasih