suria

Rozita Che Wan Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Rozita dan anaknya... gambar dari Instagram Ayu Raudhah.

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan,41 selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, dekat sini, pada Sabtu.

Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 2.8 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.





"Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Afiq berkata, dia sempat bersarapan bersama Rozita sebelum menghantar wanita itu ke pusat perubatan tersebut.
Rozita Che Wan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain