Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 34, berkata, dia tidak pernah berkecil hati dengan khabar angin tersebut kerana lebih mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam hubungan itu.
"Sikit pun saya tidak ambil hati dengan gosip putus tunang itu, saya faham khabar angin tersebut berlaku apabila pertunangan ini terlalu lama dan peminat ingin tahu perkembangan peribadi saya selepas bertunang.
"Secara jujur saya tidak kisah pun orang tulis pasal gosip berkenaan kerana saya tahu sejauh mana hubungan kami ketika itu dan ia tidak jejaskan ikatan pertunangan kami," ujarnya ketika ditemui mStar Online selepas upacara akad nikah yang berlangsung di Surau As Sakinah, di Putra Perdana, di sini, Ahad.
Elly sah bergelar isteri kepada pengarah drama berstatus duda, Azmi Hatta, 38, dengan dua kali lafaz.