suria

Nazim Othman Mampu Kawal Emosi Dengan Sikap Pengikut Laman Sosial

Nazim Othman
KUALA LUMPUR: Pelakon Nazim Othman memberitahu dia berjaya mengawal emosi apabila berhadapan dengan kritikan peminatnya di laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Nazim, 31, berkata, sifat matang itu timbul mungkin kerana pengalamannya yang semakin faham dengan sikap segelintir masyarakat yang suka mengkritik tanpa mengenali individu bekenaan.

"Lima tahun dahulu saya mudah melatah dan akan membalas balik setiap komen-komen negatif yang berkaitan dengan saya. Tetapi apabila difikir-fikirkankan balik, tidak perlu untuk marah dengan kritikan orang yang tidak mengenali kita.

"Bagaimanapun, sebagai selebriti, ada juga kritikan yang harus kita terima. Jika tiada yang membidas, kita akan sentiasa berada di zon selesa tanpa mahu berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik," katanya kepada mStar Online.

Nazim ditemui pada majlis pelancaran produk baharu Nivea Men Cool Kick Deodorant di Zebra Square di sini pada petang Khamis.

mStar Default Image
Duta produk Nivea Man. Dari kiri Zul Ariffin, Nazim Othman dan Kevin Zahri.

Dalam pada itu, Nazim berkata, dia juga mengambil pendekatan dengan menyekat mana-mana akaun pengikut-pengikutnya sekiranya komen-komen yang diberi agak keterlaluan.

"Walaupun saya kerap menyekat pengikut-pengikut terutamanya di Instagram, tetapi saya juga melayani peminat-peminat di laman sosial lain.

"Saya percaya pendekatan laman sosial ini berguna bagi mendekatkan diri dengan peminat walaupun ada negatifnya," tutur Nazim.

Sementara itu, mengenai produk Nivea Man, Nazim bersama dengan dua selebriti lain iaitu Kevin Zahri dan Zul Ariffin menjadi personaliti yang dipilih untuk berkongsi informasi mengenai produk tersebut.

Dia begitu teruja apabila diberi peluang tersebut memandangkan dia seorang yang gemar menggunakan produk penjagaan diri.

"Memang dari zaman sekolah lagi, saya seorang yang sangat menitikberatkan mengenai penjagaan diri termasuklah wajah.

"Kerana itu mungkin pihak Nivea melihat saya boleh bercakap mengenai produk mereka," ujarnya.
Nazim Othman, Nivea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain