Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Kampung Gajah Sungai Buloh, Mahmud Ahmad dan berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Shaari Sabri.
Pada majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kampung Gajah di sini, Amir menyerahkan masa kahwin berjumlah RM300 manakala RM13,000 sebagai wang hantaran.
Seramai 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat pasangan itu hadir memeriahkan majlis.
Sementara itu, Amir ketika ditemui memberitahu bersyukur selamat bergelar suami kepada Nur Intan, 21, dan berharap perkahwinan mereka akan diberkati sehingga ke akhir hayat.
"Alhamdulillah biarpun rasa gugup tetapi semuanya sudah selamat.
"Doakan perkahwinan kami diberkati dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat," katanya.
Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada Ahad manakala pihak lelaki akan diadakan pada 2 April di Kelantan.
Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 13 Jun 2014.