PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak meriah populariti luar biasa apabila menjadi artis paling ramai pengaruh di laman sosial dengan jumlah pengikut 6,922,431 orang. Ia membabitkan tiga laman sosial terkenal iaitu Facebook, Instagram dan Twitter. Pemantauan mStar Online pada Jumaat turut mendapati pelakon Lisa Surihani menduduki tempat kedua dengan memperoleh 6,639,308 pengikut pada ketiga-tiga laman sosial tersebut. Pelakon yang memenangi Anugerah Bintang Popular 2013, Aaron Aziz menduduki tempat ketiga dengan jumlah pengikut seramai 5,272,265 orang. Pasangan suami isteri Awal dan Scha Alyahya masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima. Aaron Aziz menduduki tempat ketiga. Scha menduduki tempat keempat dengan 4,460,297 pengikut manakala Awal Ashaari menduduki tempat kelima dengan meraih pengikut seramai 4,347,921 orang. Sebagai artis paling tinggi pengikut, Zizan Razak, 31, banyak menggunakan medium laman sosial sebagai perantara untuk mendekati para peminat dan berinterasi bersama mereka. Malah Zizan juga turut mengabadikan gambar bersama peminat di Instagram serta berkongsi gambar ketika menjalani sesi pengambaran filem mahupun drama terbaharu. Secara purata Zizan mendapat lebih 20,000 like di Instagram dan setakat ini telah memuat naik sebanyak 1,365 keping gambar di laman sosial itu serta 8,133 status di Twitter. Zizan, 31, berkata, populariti itu bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan. "Semua itu adalah rezeki daripada Allah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat. Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami dan juga gambar bersama rakan-rakan artis menerusi Instagram. Awal (kanan) dan Scha antara artis yang popular di laman sosial. Dia juga banyak menggunakan Twitter untuk berkongsi aktiviti harian serta perkembangan terbaharu bersama peminat serta pengikutnya. Lisa juga dilihat banyak berinteraksi bersama pengikutnya di laman sosial. Jumlah status (Tweets) yang di muat naik Lisa di Twitter ialah 21,900 manakala Instagram pula sebanyak 3,849. Secara purata, setiap gambar yang dimuatnaik Lisa itu mendapat jumlah like daripada 10,000 hingga 30,000 orang. Lisa Surihani ketika dihubungi mStar Online, berkata, dia tidak menyangka menjadi artis wanita teramai pengikut di media sosial. Pada awalnya saya cuma mengikuti peredaran semasa media sosial bermula dengan Facebook, Twitter dan Instagram. "Sejujurnya saya tidak meletakan sasaran untuk mempunyai pengikut tertinggi di media sosial tetapi terpulang kepada mereka untuk mengetahui perkembangan terbaharu dan saya berharap agar mereka boleh menerima kerja saya," katanya. Selain itu, Lisa turut menjelaskan media arus perdana juga penting dalam mempromosikan diri dan kerjanyanya selain daripada media sosial. "Walaupun kita mempunyai media sosial masa kini tetapi media arus perdana juga penting dalam mempromosikan filem serta perkembangan terbaharu kepada orang ramai. "Media sosial ini digunakan untuk berkongsi perkembangan terbaharu saya pasal kerja serta aktiviti harian yang dilakukan serta memudahkan untuk berinteraksi bersama peminat," katanya. Emma Maembong tersenarai di tempat ke 15. Lisa turut berhati-hati dalam berkongsi sesuatu di media sosial kerana dia sentiasa menjadi perhatian umum. "Saya sentiasa berfikir beribu-ribu kali sebelum berkongsi gambar atau maklumat terkini di media sosial. "Saya harus memikirkan kesannya kepada diri dan keluarga dahulu sebelum berbuat sesuatu update di media sosial," katanya. Dalam pada itu pelakon Nora Danish yang meraih pengikut teramai di Instagram iaitu 1,700,000 orang menduduki tempat ke 10 dengan memperolehi 3,534,690 pengikut selepas dicampur ketiga-tiga media sosial itu. Nora bagaimanapun hanya aktif mengemaskini status di dua laman sosial sahaja iaitu Instagram dan Twitter sementara kali terakhir mengemaskini laman Facebook miliknya pada Oktober 2014. Berikut ini senarai 15 artis paling ramai pengaruh di tiga laman sosial melibatkan Facebook, Twitter dan Instagram sehingga 20 Mac 2015