suria

Empat Peserta Mara Ke Peringkat Akhir Kilauan Emas 5

Lina, Wak Mustar, Elji dan Aling berjaya mara ke pusingan akhir Kilauan Emas 5. Foto LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Seramai empat peserta  diumumkan berjaya ke peringkat akhir pada pertandingan Kilauan Emas musim kelima yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini, malam Rabu.

Empat peserta tersebut iaitu Elji (Wan Muhammad Logan Wan Abdul Rahman), Lina (Hazlina Wati Zainuddin), Aling (Mursalim Muhidin) dan Mustar (Mustaffa Rasyud Abd Jabar) sekali gus berjaya menewaskan dua peserta lain iaitu Norya ( Noor Hayati Slamat) dan Hasbi ( Wan Mohd Hasbi Wan Jaafar) yang tersingkir.

Hasbi

Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara program tersebut iaitu Raja Azura.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Erra Fazira, Datuk Hattan, Mamat Khalid dan Datuk Ramli MS, manakala 30 peratus daripada undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Wak Mustar berduet dengan Norya

Enam peserta separuh akhir beraksi  selepas tujuh minggu bersaing dengan 11 peserta lain untuk merebut tempat ke pentas akhir Kilauan Emas 5 yang bakal diadakan pada 27 Mei depan di lokasi yang sama.

Pada peringkat separuh akhir ini menyaksikan para peserta  diuji dengan tema Duet dan Inspirasi Peminat.

Program separuh akhir itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Moin, Rozita Izlyn dan Aju Success, Liza Abdullah dan Renggo, Shidee, Tomok, Amir Ukays serta Yantzen.

Pada malam tersebut Kilauan Emas 5 turut mengadakan segmen khas bagi memperingati lirik-lirik yang pernah ditulis oleh wartawan hiburan terkenal Allahyarham Mama Juwie.

Program tersebut disiarkan setiap hari Rabu bermula pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro Prima (132) dan Mustika HD (134).
Kilauan Emas

Artikel Lain