suria

Pelakon Keith Foo Didenda RM100 Hina Polis Trafik

KUALA LUMPUR: Pelakon Keith Foo di denda RM100 oleh makamah majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menghina anggoita polis trafik dalam satu sekatan jalan raya.

Keith Foo atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, turut ditegur oleh majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor atas perbuatannya itu yang tidak menghormati tugas anggota polis.

“Sebagai seorang artis, anda perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi kerana ia memberi kesan kepada kerjaya anda,” ujar Nur'Aminahtul Mardiah.

Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika pertuduhan dibacakan kepadanya, Foo, mengangguk menunjukkan bahawa dia memahami dan mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Pelakon Ariana Rose itu juga memohon maaf atas kesalahan tersebut dan mengaku menyesal terhadap apa yang berlaku.

Tunangnya, usahawan Kim Raymond, 30, turut hadir di mahkamah.

Dalam kejadian 15 Mac lalu kira-kira pukul 4.30 pagi, polis menahan Foo di sekatan jalan raya di Jalan Davis di Dang Wangi yang ketika itu menaiki kereta Mercedes Benz.

Kereta itu dipandu tunangnya, yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol.

Dan didapati positif minuman keras itu selepas pemeriksaan dilakukan.

Foo kemudian keluar dari kereta itu telah mengucapkan kata-kata kepada pihak polis: "Kau siapa, kau Ingatkan kau polis sangat besar kah, bodoh.”

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Nordin.
Keith Foo

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan