suria

Jihan Muse Tidak Berasa Digugat Pelawak Baru

Jihan Muse

PETALING JAYA: Pelawak Jihan Muse tidak pernah berasa tergugat sekiranya ada pelawak wanita bakat baharu yang hadir dalam industri hiburan tempatan.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 32, berkata, walaupun bersyukur kerana tidak ramai pelawak wanita dalam industri membuatkan kerjayanya sentiasa terurus, namun dia perlu bersiap sedia dengan saingan selain berusaha menambah baik kualiti kerjanya.

"Saya sangat mengalu-alukan kedatangan pelawak wanita lain. Tak pernah terfikir pasal strategi untuk kekal lama. Syukur apa yang ada hari ini. Saya cuma sentiasa cari benda baru untuk baiki kualiti kerja saya supaya orang terhibur.

"Tiada apa perlu dirisaukan kerana rezeki Allah itu luas. Kalau bukan di sini mungkin di tempat lain," katanya kepada mStar Online.

Tambah Jihan, dia yakin, doa dan fokus terhadap kerja yang dilakukan salah satu cara untuk dia terus maju di bidang yang diterokainya itu.

Sementara itu, mengenai sambutan Hari Raya, Jihan berkata, Aidilfitri adalah hari yang terbaik untuk dia meluangkan masa bersama keluarga memandangkan dirinya sibuk dengan kerja-kerja lakonan.

"Pada saya raya adalah hari keluarga sebab masa ini saja dapat kumpul bersama-sama.

"Apa-apa pun makan, makan dan makan. Perkara wajib setiap kali raya. Hahah..." tuturnya.

Jihan Muse

Artikel Lain