suria

"Bawa Anak Kecil Bercuti Sangat Mencabar" - Scha Alyahya

Scha di samping suami dan anaknya, Lara Alana.

PELAKON Scha Alyahya menyifatkan bercuti ke luar negara bersama anak kecil tanpa bantuan pembantu rumah akan membuatkan percutian dia dan suaminya, Awal Ashaari, menjadi sangat mencabar.

Scha, 32, berkata, beberapa bulan lalu, ketika bercuti di Eropah bersama Awal Ashaari dan anak, Lara Alana yang berusia 11 bulan, dia dan suami mempunyai situasi sukar apabila terpaksa melayan ragam anak kecil mereka itu sehingga membuatkan rancangan untuk berjalan di beberapa tempat terpaksa dibatalkan.

"Sebenarnya saya tidak mahu bawa Lara bercuti bersama kami, tetapi Awal pula tidak sampai hati.

"Ini kali pertama kami bercuti dengan anak tanpa pembantu rumah dan keadaan kami menjadi kucar kacir.

"Mana nak jaga anak, nak jaga beg luggage lagi. Tak sangka ia menjadi satu pengalaman yang sangat sukar," katanya kepada mStar Online.

Tambah Scha kekalutan itu juga membuatkan hasratnya dengan suami yang ingin membeli belah di Paris dan London terpaksa diabaikan.

Malah mereka juga membatalkan perancangan bercuti di Amsterdam.

"Untuk percutian akan datang, saya akan pastikan membawa pembantu rumah bersama atau sesiapa sahaja agar memudahkan pergerakan," ujarnya.

Dalam pada itu, kata  Scha, pengalaman itu membuka matanya mengenai perubahan sikap Lara yang berbeza-beza sekiranya berada di luar negara.

Scha Alyahya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain