suria

Enam Selebriti Jadi Perisik Dalam 'Lari: Misi Mr X'

Enam selebriti terlibat dalam program Lari:Mis Mr X.
KUALA LUMPUR: Enam selebriti bertindak sebagai perisik dengan tugasan mencabar dalam program terbaharu terbitan TV9 berjudul Lari: Misi Mr X.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, pemilihan mereka dalam rancangan game show itu memberikan kelainan selain diuji dengan ketahanan fizikal dan mental menerusi tugasan mencabar dan luar biasa.

"Rancangan ini seakan permainan ejen perisikan dan diketuai Mr.X yang menerima tugasan daripada pelanggan sebelum diberikan kepada enam selebriti tersebut untuk diselesaikan.

"Kehadiran mereka cukup gamat dengan pelbagai aksi memandangkan tugasan diberikan agak mencabar," katanya.

Enam selebriti berkenaan adalah Azwan Ali, Arja Lee, Aisya Hasnaa, Harris Alif, Afieq Shazwan dan Achok (Chilok).

Lari: Misi Mr X menjanjikan tugasan menarik dan mencabar kepada para peserta. 

Lari: Misi Mr X disiarkan pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam di TV9.

Dalam pada itu, Sherina berkata, program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan setiap minggu seperti Mark Adam, Shakila Khoriri, Dazrin Kamaruddin, Zarina Zainordin dan Hafreez Adam.

Malah 10 peserta lain yang dikenali sebagai 'Krew Revive' turut dipilih bagi membantu para selebriti menyelesaikan tugasan.

"Kesemua 10 krew tersebut kami perolehi menerusi'Misi Mencari Krew Revive' yang diadakan pada 1 Mei lalu melalui penyertaan di Instagram," jelasnya.

Terdahulu sebanyak sembilan episod pertama Lari: Misi Mr X telah disiarkan terlebih dahulu namun dihentikan seketika sempena menyambut bulan Ramadan.

Lari: Misi Mr. X

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan