suria

Laporan Polis Tasha Shilla Serang Bekas Kekasih Tersebar

Tasha bersama Han saat-saat bahagia mereka sebelum ini.
PETALING JAYA: Satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh Han Wong iaitu bekas teman lelaki Tasha Shilla telah tersebar yang mendedahkan pelakon wanita itu telah menyerang pemuda berkenaan di sebuah kelab. 

Laporan polis yang tersebar selepas ia dimuat naik pemilik Instagram yang dipercayai teman wanita baru Han antara lain mendakwa, Han telah ditampar oleh Tasha di sebuah kelab hiburan yang baru dibuka di Jalan Tun Razak dekat sini awal pagi Jumaat.

Laporan itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dekat sini turut menyebut, kejadian berpunca daripada salah faham antara Han dan Tasha.

Gambar kiri menunjukkan Han bersama wanita yang dikatakan kekasih barunya iaitu Carmen Emirda manakala gambar kanan adalah laporan polis yang tersebar di laman sosial.
Han dalam laporan itu mendakwa ketika mendekati Tasha di kelab yang sama untuk bersalaman dengannya, Tasha tidak mengendahkan dia tetapi datang ke mejanya lalu menampar dan menedang dia.

Menerusi laporan itu juga turut menyebut Han tidak bertindak balas kerana Tasha dikatakan berada dalam pengaruh arak.

Laporan polis itu juga menyatakan orang ramai telah membantu untuk mengelakkan kejadian lebih besar termasuklah menyimbah muka Tasha dengan air dan pengawal keselamatan menghalaunya keluar.

Selepas kejadian, Han dalam laporan itu mendakwa lebih 30 hingga 40 orang datang menyerangnya dan teman.

Selain laporan polis itu, pemilik Instagram yang menggunakan nama Carmen Emirda turut memuat naik gambar Han di balai polis selain beberapa status yang menuduh Tasha menganggu percintaan mereka.

Sebelum ini hubungan Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, dan Han sudahpun goyang selepas dipercayai terdapat pihak yang cuba mengganggu hubungan mereka itu.
Bagaimanapun usaha mStar Online untuk mendapatkan Tasha Shilla dan juga Han tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Tasha Shilla, Han Wong

Artikel Lain