suria

Abaikan Isteri, Punca Asfan 'Makan' Penumbuk Adik Ipar

Asfan
PETALING JAYA: Sikap penyanyi Asfan yang masih berlagak seperti orang bujang dengan mengabaikan isteri dan anak-anak menjadi punca dia terpaksa "makan" penumbuk adik iparnya, pelakon Bil Azali dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada Sabtu lalu.

Bil yang sebelum ini enggan bercerita punca kejadian itu terpaksa buka mulut selepas Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin, 31, dalam sebuah akhbar pada Rabu menasihati abang iparnya itu agar tidak masuk campur urusan rumah tangganya.

"Memang betul, saya tidak patut campur tangan dalam urusan rumah tangga mereka, tetapi apabila ada satu kes yang timbul dan tidak diberi penjelasan yang betul kepada keluarga saya, maka saya sebagai seorang adik perlu masuk campur hal mereka.

"Pada mulanya, saya tidak percaya dengan kata-kata orang. Tetapi apabila ada saksi dan bukti yang sahih, saya rasa dia (Asfan) perlu bertanggungjawab. Ini soal hormat, adab, tanggungjawab dan janji  yang telah dia langgar. Itu yang buatkan saya geram," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.

Bil Azali

Pada Sabtu lalu, Bil atau namanya Mohd Nabil Razali, 23, dikatakan telah menumbuk Asfan beberapa kali pada bahagian muka dan badan.

Kejadian tersebut berlaku ketika Asfan sedang menunggu isterinya yang juga kakak kepada Bil dan anak-anak pulang bercuti dari Perancis di balai ketibaan, lapangan terbang berkenaan.

Asfan dalam sebuah akhbar mempelawa Bil datang berkunjung ke rumahnya untuk melihat kebahagiaan dia bersama isteri dan dua anak mereka.

Sementara itu ditanya apakah punca pergaduhan itu tercetus dan adakah ia berkaitan dengan orang ketiga, kata Bil, sikap Asfan sendiri yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana masih lagi seperti orang bujang.

"Apabila sudah bergelar suami, buat cara seperti seorang suami. Bukan berangan macam orang bujang. Nak buat perangai jangan sampai kantoi dan apabila saya dapat tahu, faham-fahamlah.

"Nak ada orang ketiga, jangan sampai abaikan isteri dan anak-anak. Sila hormat orang yang telah merestui dia berkahwin dengan kakak saya. Jelaskan perkara yang ditimbulkan. Jangan lari," tegasnya.

Bil berkata, walaupun dia sedar tidak patut masuk campur urusan rumah tangga Asfan, namun dia sudah tidak tahan apabila melihat kakaknya dianiaya penyanyi itu.

Bil Azali, Asfan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain