suria

"Amar Baharin Tidak Perlu Terasa Kritikan Saya" - Izreen Azminda

Izreen Azminda. Foto UTUSAN
PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda berkata, tindakannya memuat naik status di Instagram mengkritik lakonan Amar Baharin dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang dipentaskan di Istana Budaya baru-baru ini tiada kaitan hal peribadi.

Sebaliknya, Izreen, 30, berkata, kritikan tersebut diluarhkan daripada sudut pandangan sebagai penonton biasa untuk dikongsikan ke akaun laman sosial miliknya.

"Tiada unsur peribadi pun dan Amar tidak perlu terasa dengan kritikan itu. Sebaliknya dia perlu menjadi lebih bersemangat untuk memperbaiki lakonannya kerana rasa tercabar dengan komen saya itu.

"Dan dia tidak sepatutnya persoalkan kenapa saya tidak menghubunginya terus untuk memberi komen. Saya rasa macam tak logik pula setelah sekian lama tidak berhubung, tiba-tiba saya hubungi dia semata-mata mahu beri pandangan tentang lakonannya. Nombor telefon dia pun saya dah tak ada," katanya kepada mStar Online.


Lakonan Amar dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk.

Izreen menerusi akaun Instagram milikya baru-baru ini memberi pendapat mengenai kehebatan barisan pelakon teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck selepas menyaksikan teater berkenaan.

Bagaimanapun Izreen telah mengkritik lakonan aktor yang pernah digosipkan bercinta dengannya itu sambil menyifatkan penghayatan lakonan Amar agak mendatar dan ekspresi wajah serta pergerakannya juga kurang memberi impak.

Kemudian Amar pula membalas kenyataan Izreen menerusi laporan sebuah akhbar pada Khamis lalu yang menyifatkan aktres itu tidak wajar memberi kritikan tersebut secara umum, sebaliknya boleh menghubunginya untuk memberikan pendapat.

Sementara itu, Izreen berkata Amar lebih bersikap terbuka mengenai kritikan yang diberikan terhadapnya.

"Sepatutnya dia perlu rasa tercabar dengan kritikan yang diberi untuk menjadi lebih bagus. Jangan bagi alasan teater itu adalah pementasan pertamanya. Saya pun pernah berlakon teater Tiga Ratu di mana ia adalah persembahan pentas sulung saya.

"Tetapi saya memastikan untuk beraksi sehabis baik agar dapat memuastkan penonton yang menyaksikan lakonan saya. Jika saya boleh buat, kenapa tidak dia? Saya tahu dia mampu memberi lakonan yang lebih baik daripada apa yang saya saksikan pada teater itu," ujarnya.

Selain Amar, teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck  turut dilakonkan oleh Nabila Huda.
Amar Baharin, Izreen Azminda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain