suria

'Lorong Kecil Ke Syurga' Menang Drama Terbaik ASK2015

Barisan tenaga produksi dan artis yang menjayakan drama Lorong Kecil Ke Syurga.

KUALA LUMPUR: Drama terbitan Aniq Communication Sdn Bhd berjudul Lorong Kecil Ke Syurga diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam Ahad.

Drama tersebut menewaskan drama lain seperti Cahaya Cinta, Dari Pintu Neraka, Kereta Kita dan Seligar.

Lorong Kecil Ke Syurga  turut menggondol anugerah bagi Pengarah Terbaik Drama (Raja Mukhriz), Penyunting Terbaik Drama (Akashdeep Singh), Lakon TV Terbaik (Joe Sidek)  dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Raja Ilya).


Antara artis yang menang dalam kategori masing-masing di ASK2015.


Manakala pelakon Sara Ali pula diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Hak.

Antara calon yang tewas dalam kategori tersebut adalah Siti Saleha, Sheila Rusly, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Diana Danielle.

Pelakon Amar Asyraf pula diumum sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Dari Pintu Neraka.

Dalam pada itu bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama dimenangi oleh aktor cilik Izuan Fitri  menerusi lakonan cemerlangnya dalam Penyabong.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem pula dimenangi oleh Lisa Surihani menerusi filem Dendam Orang Mati  menewaskan Izara Aishah, Nora Danish, Liyana Jasmay dan Nadiya Nisaa.

Persembahan penutup daripada artis baharu dan lama.


Aktor Beto Kusyairy muncul sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Gila Baby.

Beto menewaskan barisan pelakon hebat Wan Hanafi Su, Bront Palarae, Ady Putra dan Fizz Fairuz.

ASK 2015 yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 itu turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Sarah Fazny, Asmidar, Projek Band dan De Fam.

Majlis anugerah berprestij itu dikendalikan oleh penyanyi Awie (Wings) dan pengacara Fara Fauzana.


Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2015:


Kategori Drama

 Drama Terbaik: Lorong Kecil Ke Syurga
 Lakon TV Terbaik: Joe Sidek (Lorong Kecil Ke Syurga)
 Pengarah Drama Terbaik: Raja Mukhriz (Lorong Kecil Ke Syurga)
 Penyunting Drama Terbaik: Akashdeep Singh (Lorong Kecil Ke Syurga)
 Videografi Terbaik Drama: Jamaludin Yaacob
 Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Amar Asyraf (Dari Pintu Neraka)
 Pelakon Wanita Terbaik Drama: Sara Ali (Hak)
 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Izwan Fitri
 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Raja llya
 Drama Rantaian Komedi Terbaik: Rubberband (Balang Rimbun Sdn Bhd)
 Drama Rantaian Terbaik: Hidayahmu Ramadan (Primeworks Studios)
 Drama Rantaian Popular Media Sosial: Rindu Awak 200%


Kategori Filem

 Filem Terbaik: Lelaki Harapan Dunia 
 Lakon Layar Terbaik: Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
 Pengarah Terbaik Filem: Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
 Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Beto Kushairy (Gila Baby)
 Pelakon Wanita Terbaik Filem: Lisa Surihani (Dendam Orang Mati)
 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Sharnaaz Ahmad (Gila Baby)
 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Ayu Raudhah (Lagenda Budak Setan 3)


Penerbitan Dalaman

 Rancangan Bual Bicara Terbaik: Wanita Hari Ini (Banduan Akhir)
 Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Welcome To The Rail World
 Laporan Khas Berita Terbaik: Berita Nasional 5 (Kondosom Guhod)
 Rancangan Hiburan Terbaik: The Gadabout Barber (Krshna M. Pathmasingam)
 Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 29
 Rancangan Realiti Terbaik: Mentor Legend (Konsert Akhir)


Teknikal

 Videografi Terbaik: Hip-Hoppin Asia
 Suntingan Terbaik: The Gadabout Barber
 Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik: Anugerah Juara Lagu 29
 Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik:Mentor Legend Akhir
 Rekabentuk Set Terbaik: Mentor Legend Akhir
 Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 29
ASK2015

Artikel Lain