Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz, 24, berkata, dia yakin pihak tersebut adalah dikalangan rakan-rakan wanita itu yang cemburu dengan hubungan mereka.
"Ada segelintir rakan-rakan baik dia yang lelaki tidak suka dia berkawan dengan saya sehingga sanggup menulis komen buruk di laman sosial memburukkan kami.
"Mereka sebenarnya dulu menaruh hati terhadap Bella. Sejak kami bercinta memang ramai kawan yang menjauhkan diri. Tidak apalah mungkin ketika ini kita tahu yang mana kawan yang benar-benar ingin berkawan dengan kita," ujarnya kepada mStar Online.
Aliff meminta restu ibunya S Hafiza dan Bella.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam tempoh setahun dan merancang untuk berkahwin pada tahun depan.
Sementara itu, Aliff berkata, sejak mengenali wanita tersebut setahun lalu, dia banyak berubah menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.
"Kami kenal pada Disember tahun lalu dan sepanjang setahun ini banyak perkara berubah menjadikan saya orang yang lebih baik.
"Saya akui banyak perangai buruk yang saya tinggalkan dan dia juga sering menasihatkan saya jika apa yang saya lakukan itu boleh menjejaskan nama saya sebagai artis," ujarnya.
Bella Astillah anggun di majlis pertunangannya.
Katanya, sepanjang setahun perkenalan mereka, Aliff menunjukkan ciri-ciri lelaki yang sesuai dijadikan suami.
"Kami sudah kenal lama cuma sejak setahun lepas kami mula rapat sebagai kekasih.
"Alhamdulillah keluarga saya dan keluarga dia juga merestui hubungan ini," ujarnya.