suria

Kemelut Perkahwinan Farah Asyikin Gagal Diselesaikan

Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.
KUALA LUMPUR: Pendamai atau hakam dari ahli keluarga yang dilantik oleh penyanyi Farah Asyikin dan suaminya, Zaahier Stanley gagal mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut perkahwinan pasangan itu.

Sehubungan itu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa memerintahkan pelantikan hakam mahkamah sebagai usaha terakhir menyelamatkan rumah tangga mereka.

Hakim Syarie, Umamuddin Yunus membuat keputusan itu selepas mendengar pembentangan laporan hakam (orang tengah) yang dibuat sebelum ini.

Terdahulu, Farah, 35, melantik abang iparnya, Kamarul Bahrin Mohamad sebagai hakamnya manakala Zaahier Stanley diwakili oleh rakan baiknya, Hussin Abdul Razak.

Umamuddin menangguhkan kes berkenaan untuk sebutan semula pada 21 Disember ini.

Farah hadir di mahkamah bersama anggota keluarganya dan diwakili peguam syarie Siti Maisyarah Hashim manakala Zaahier, 38, diwakili peguam syarie Nurfarhana Abdul Manaf.

Terdahulu, Farah memfailkan penceraian tersebut pada penghujung Oktober tahun lalu.

Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang berusia 18 bulan.
Farah Asyikin, Zaahier Stanley

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan