Lagu hasil ciptaan Nurzaidi Abd Rahman ini tampil dengan konsep berbeza dengan berlatarkan tema filem ini cukup mudah untuk direalisasikan oleh produksi.
Istimewanya, muzik video ini bukan sahaja menampilkan Dayang Nurfaizah, malah turut menyelitkan beberapa babak menarik dalam filem Langit Cinta secara kreatif.
Hasil akhir muzik video ini dijangka bakal meruntun jiwa penonton.
Filem Langit Cinta diarahkan oleh Osman Ali dnegan menampilkan barisan pelakon seperti Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee.
.