suria

Salih Yaacob Belum Sedia Kahwin Lagi Selepas Ceraikan Isteri Kedua

Salih Yaacob
PETALING JAYA: Pelawak Salih Yaacob belum terfikir untuk berkahwin lagi sejak bercerai dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad, 47, pertengahan tahun lalu.

Salih, 55, berkata, walaupun kini mempunyai tiga isteri dan boleh menambah seorang lagi bagi 'mengisi kekosongan' yang ada, dia hanya berserah pada jodoh dan takdir apatah lagi perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main.

"Dari dahulu lagi, niat saya berkahwin empat bukan kerana mahu mengambil kesempatan yang dibenarkan ajaran Islam.

"Sebaliknya saya berkahwin kerana Allah dan mahu mendidik isteri-isteri saya. Jadi, selepas bercerai dengan Raha, tidak bermakna saya kini sedang mencari calon baru untuk diisi 'slot' yang kosong itu. Lagipun jodoh dan maut itu adalah ketentuan Allah," katanya kepada mStar Online.

Salih pada Jumaat dilaporkan telah bercerai dengan isteri keduanya, Raha selepas sambutan Aidilfitri tahun lalu.


Pengacara dan juga penyampai radio Sinar FM itu bercerai dengan Raha selepas didesak isterinya agar berbuat demikian dengan alasan Salih tidak berlaku adil terhadapnya.

Sementara itu, Salih berkata apa yang berlaku itu merupakan ujian buatnya bagi seorang lelaki yang berpoligami.

"Nampak mudah saja apabila beristeri ramai, tetapi tanggungjawab sangatlah besar. Dan kita sebagai manusia, ada masanya juga membuat silap.

"Tambahan pula, setiap isteri mempunyai sikap dan emosi yang berbeza, maka cara kita bercakap dengan mereka juga berbeza.

"Sebab itu saya perlu muhasabah diri setiap hari untuk cuba menjadi suami dan ayah yang sempurna," tuturnya.

Salih dan Raha telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun dan dikurniakan lima orang anak berusia 13 hingga 22 tahun dan seorang cucu.

Tiga lagi isterinya adalah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya.

Daripada keempat-empat perkahwinan itu Salih dikurniakan 13 orang anak.
Salih Yaacob

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain