suria

Rafflesia Taja Rantai Mutiara RM195,000 Untuk Pemenang APO2016

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai (dua dari kiri) menerima replika bernilai RM195,000 iaitu tajaan hadiah rantai mutiara Rafflesia untuk APO2016 yang akan berlangsung pada 30 April depan. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin (tiga dari kiri). Turut kelihatan Pengurus Pemasaran butik barangan kemas berkenaan iaitu Sin Hui Cin (kanan) dan deejay Suria FM iaitu DJ Lin. Foto AZMAN GHANI

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar barangam hiasan wanita iaitu  Rafflesia The Pearl Centre bersedia menaja mutiara bernilai RM195,000 untuk pemenang bagi 18 kategori dalam Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang bakal berlasngung pada 30 April depan.

Pengurus Pemasarannya iaitu Sin Hui Cin, 24, berkata, pemenang bagi setiap kategori akan menerima mutiara bernilai RM5,000 manakala untuk pemenang kategori utama iaitu Selebriti Terunggul APO2016 akan membawa barangan berkenaan bernilai RM20,000.

"Kami berbesar hari untuk memberi penajaan kepada APO2016 untuk menyokong indusri hiburan tempatan selain berasya syakin dengan anugrah ‘online’ yang pertama kali diadakan oleh syarikat media,” katanya kepada mStar Online.

Sin Hui Cin menunjukkan contoh rantai leher mutiara yang bakal dibawa pulang oleh pemenang APO2016 bernilai RM5,000.

Hui Cin ditemui pada majlis pengumuman tajaan barangan kemas Rafflesia untuk APO2016 yang diadakan di Parkroyal Hotel, di sini, Jumaat.

Hadir sama Pengarah Urusan Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Pengarah Urusan Jewellery Circles, Sin Cheang Loong.

Hadir sama penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin.

Dalam pada itu Hui Cin berkata, rantai daripada butiran mutiara 'fresh water pearl' itu merupakan mutiara terbaik yang diimport dari Australia dan sesuai untuk diberikan kepada pemenang acara berkenaan.

Hui Cin berkata,kerjasama pertama kali ini dilakukan berdasarkan potensi portal mStar Online yang mempunyai jumlah pembaca ramai.

Selain itu pihaknya juga yakin penajaan berkenaan turut membantu memberi publisiti kepada produk barangan kemas keluaran syarikat mereka.

"Sebelum ini kami ada beberapa kali membuat tajaan pada anugerah lain dan kali ini kami ingin cuba medium media online pula.

"Populariti portal mStar Online juga menjadi salah satu pendorong kepada keyakinan kami untuk membuat tajaan," ujarnya.


Deejay Lin (kiri) turut mencuba rantai mutiara sambil diperhatikan oleh Winnie Sin (tengah) dan Sin Hui Chin. 

Tambah Hui, dia berharap penajaan tersebut dapat memberi semangat kepada calon-calon setiap kategori untuk berusaha lebih keras menempatkan nama mereka sebagai finalis dengan menggalakkan pengundian.

"Kami sentiasa menyokong industri hiburan tanah air dan berharap dapt memberi semangat kepada pengiat-pengiat seni untuk terus memberi yang terbaik," ujarnya.

APO2016 yang dilaksanakan dengan kerjasama Suria FM membawa tema glam digital dan bakal bersiaran pada 30 April 2016 menerusi saluran TV2.

Sebanyak 18 kategori dipertandingkan termasuk satu kategori khas itu  Selebriti Terunggul APO2016 yang akan dipilih berdasarkan undian tertinggi dalam semua kategori.

Raflessia, APO2016

Artikel Lain