suria

Yatt Hamzah Kemalangan Di Lebuhraya Karak

Yatt Hamzah (kiri). Gambar kanan menunjukkan keadaan kereta Yatt Hamzah yang rosak teruk akibat kemalangan di Lebuhraya Karak, Sabtu.

PETALING JAYA: Keadaan kereta jenis Kia Optima K5 yang dipandu pelakon Yatt Hamzah rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak, dekat sini, petang Sabtu. 

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika dia bersama adik ipar dan pembantu peribadinya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim. 

"Saya bersama adik ipar dan pembantu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim. 

"Kemalangan berlaku di Lebuhraya Karak apabila secara tiba-tiba tayar kereta saya pecah dan saya hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali dan kemudian melanggar pembahagi jalan," ujarnya. 

Bagaimanapun, Yatt berkata, ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Sementara itu, Yatt berkata, dia sudah melaporkan mengenai kemalangan tersebut di Balai Polis Karak. 

"Alhamdulillah saya dan yang lain selamat. Namun saya masih lagi terkejut dan trauma dengan kejadian itu," ujarnya.

Artikel Lain