suria

Shiha Zikir Selesa Kerjayanya Diuruskan Teman Lelaki

Shiha mahu fokus pada kerjaya sebelum kahwin.
PETALING JAYA: Penyanyi Shiha Zikir mengakui berasa lebih selesa dan bersemangat apabila kerjaya nyanyiannya kini diuruskan sendiri dengan bantuan teman lelakinya, Arul, 29.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 29, berkata, dia berasa lebih puas dengan pencapaian yang dikecapi apabila bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat pengurusan artis.

"Sebelum ini bertahun-tahun saya diuruskan oleh pihak pengurusan dan sekarang saya ambil keputusan untuk cuba bergerak sendiri dalam menentukan kerjaya nyanyian saya.

"Apabila bergerak sendiri ini saya rasa lebih puas terutamanya apabila kerjaya saya meningkat dan jika kerjaya saya merundum sekalipun ia kerana saya juga bukan pihak lain.

"Namun, saya akui tidak mampu menguruskan secara sendiri dan terpaksa meminta bantuan teman lelaki, nasib baik juga di memahami dan bersedia memberi bantuan walau sibuk dengan kerjanya," ujarnya kepada mStar Online.

Shiha bersama kekasihnya Arul yang juga bertanggungjwab sebagai pengurusnya.

Shiha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kerjayanya sebagai penyanyi yang semakin mendapat perhatian.

Shiha menduduki tempat ketiga dalam program realiti nyanyiaa Indonesia D'Academy Asia pada Disember tahun lalu.

Tambah Shiha, tempat lelaki yang dikenali lebih enam tahun itu lebih mengetahui jatuh bangunnya dalam industri hiburan tanah air.

Malah, keluarganya turut memberi kepercayaan penuh kepada lelaki itu untuk menguruskan kerjaya seni Shiha.

"Alhamulillah, dia memang banyak bantu saya dalam industri seni sejak mula lagi. Dia juga tahu bagaimana saya berjuang untuk berada dalam industri.

"Selain itu, keluarga saya sendiri memberi kepercayaan kepada dia untuk uruskan kerjaya saya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang perkahwinan, Shiha berkata, teman lelakinya memberi masa untuk fokus dalam kerjaya nyanyiannya terlebih dahulu sebelum berkahwin.

"Bukan saya tidak percaya rezeki selepas berkahwin, tapi dia (Arul) mahu saya betul-betul fokus dahulu menyanyi sebelum kami berkahwin.

"Dia kata ini masa paling terbaik untuk saya tunjukkan bakat nyanyian di negara ini dan negara jiran Indonesia," ujarnya.

Shiha Zikir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain