KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar barangan hiasan wanita iaitu Rafflesia The Pearl Centre meraikan pemenang Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) dalam satu majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Restoran Urban Hotel Istana di sini, malam Rabu. Pihak Rafflesia turut menyerahkan rantai mutiara nilai keseluruhan RM195,000 kepada pemenang bagi 18 kategori APO2016 yang berlangsung pada 30 April lalu. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai. Pemenang APO 2016 bersama hadiah kemenangan masing-masing. Selain hadiah daripada Rafflesia, pemenang juga menerima jam tangan sumbangan Ice Watch dan pakej penginapan sumbangan Hotel Dorsett Putrajaya. Pada malam itu juga, para pemenang turut membawa ibu masing-masing bagi meraikan Hari Ibu yang disambut baru-baru ini. Personaliti Terunggul APO 2016 iaitu Akim & The Majistret turut hadir bersama ibu masing-masing bagi menerima hadiah kemenangan mereka iatu rantai mutiara Rafflesia bernilai RM20,000 setiap seorang. Pereka kasut terkenal dunia, Datuk Jimmy Choo bergambar kenangan bersama Pengurus Pemasaran Rafflesia The Pearl Centre iaitu Sin Hui Cin, Pengarah Urusan Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin dan Pengasas produk Dnars, Faziani Rohban. Bertambah manis, vokalis utama kumpulan itu Akim Ahmad turut membawa ibunya, Aminah Bahari dan ibu mertuanya Agnes Kaloos bagi berkongsi kegembiraan tersebut. Kumpulan itu turut mendapat tajaan mengerjakan umrah setiap seorang pada bulan Ramadan selama 14 hari 13 malam sumbangan Simply Umrah Travel Services Sdn Bhd. Antara artis lain yang hadir pada acara itu adalah Datuk Fazley Yaakob, Fara Fauzana, Hazama, Mat Lutfi dan Ungku Haris. Akim hadir bersama ibunya, Aminah Bahari dan ibu mertuanya Agnes Kaloos. Sementara itu, pemenang Penyanyi Wanita Pilihan Online iaitu Datuk Siti Nurhaliza diwakili oleh kakaknya, Siti Saida bagi merima hadiah kemenangannya. Pemilik trofi Ikon Niaga Pilihan Online, Neelofa pula diwakili ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohammed manakala Pelakon Lelaki Terbaik Pilihan Online dan Lelaki Tampan Pilihan Dnars, Saharul Ridzwan diwakili oleh pengurusnya, Shawn Amer untuk menerima hadiah masing-masing. Personaliti media sosial, Mat Lutfi yang tidak hadir pada malam kemuncak APO 2016 hadir bagi menerima hadiah menerusi kemenangan dalam kategori Selebriti Media Sosial Pilihan Online. Datuk Fazley Yaakob. Tetamu undangan turut hadir bagi memeriahkan acara seperti pereka kasut terkenal dunia, Datuk Jimmy Choo, Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Dalam perkembangan sama, lima pemenang peraduan Hari Ibu Suria FM iaitu 'Ibu Mutiara Hatiku' turut diumumkan dan masing-masing membawa pulang berupa rantai mutiara Rafflesia bernilai RM10,000. APO 2016 dianjurkan buat pertama kalinya oleh Star Media Group Berhad di bawah dua entiti berbahasa Malaysianya iaitu mStar Online dan stesen radio Suria FM membabitkan 18 kategori termasuk satu kategori utama. Pemenang peraduan Ibu Mutiara Hatiku Suria FM. Produk kecantikan Dnars bertindak sebagai penaja utama APO 2016. Ia bertemakan 'Glam Digital' yang bertujuan mengiktiraf selebriti dalam pelbagai bidang melalui medium media sosial. APO2016 yang mendapat kerjasama RTM dan TV2 sebagai rakan penyiar turut disiarkan secara live streaming di YouTube dan laman web apo.mstar.com.my.