suria

Siti Elizad Juara Gempak Superstar, Bawa Pulang RM100,000

Siti Elizad juara Gempak Superstar, Sherry tempat kedua dan Arja Lee di tempat ketiga.

PETALING JAYA: Pelakon Siti Elizad diumum sebagai juara program Gempak Superstar musim pertama yang berlangsung di Pinewood Studio, Johor Baru, malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Saifuddin, 32, membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000, beserta trofi sumbangan Astro.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.

Pada pertandingan yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) itu menyaksikan pelakon itu menyanyikan lagu berjudul Ketulusan Hati dan Makhluk Tuhan Paling Seksi.

Siti Elizad menyampaikan lagu Ketulusan Hati.

Tempat kedua dimenangi oleh pelakon, Sherry Ibrahim dengan menyampaikan lagu berjudul Janji Manismu dan Tak Ada Logika sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000 dan sebuah trofi.

Sherry turut menerima Anugerah Terlajak Gempak Superstar.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Arja Lee dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi.

Sementara itu, pelakon Soffi Jikan dan Nazim Othman terpaksa berpuas hati apabila diumum menduduki tempat keempat dan kelima.

persembahan Arja Lee mendapat pujian juri tetap.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Sistem penjurian pada malam kemuncak ini mewakili 50 peratus undian penonton manakala selebihnya daripada undian pihak juri profesional.

Senarai pemenang pada malam itu diumumkan oleh pengacara pengacara Gempak Superstar Sharnaaz Ahmad dan Scha Alyahya.

Pelakon Fauziah Ahmad Daud dan penyanyi Amy Mastura bertindak sebagai juri tetap, manakala Datuk Yusof Haslam sebagai pengkritik undangan pada malam itu.

Malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Amy Search, Projector Band dan Azlan & The Typewriter.

Siti Elizad, Gempak Superstar

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia