suria

Kaka Azraff Mahu Perjuangkan Muzik, Bukan Cari Pengikut

Kehadiran Kaka Azraff dalam industri hiburan tanahair bukan hanya sekadar untuk mencari populiriti semata-mata.

PETALING JAYA: Kehadiran Kaka Azraff dalam industri hiburan tanahair bukan untuk mendapat pengikut yanng ramai sebaliknya dia mahu memperjuangkan muzik yang dibawa.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 27, berkata, adalah perlu untuk dia membawa muzik yang berbeza dalam dunia muzik di negara ini.

"Kehadiran saya cuma ingin mengentengahkan genre muzik berbeza kepada pendengar.

"Saya begitu sukakan muzik, kadang-kadang muzik yang didengari saya itu masih tiada lagi di Malaysia selain rakyat Malaysia kini sudah terbuka dalam menerima sesebuah genre muzik yang baru," katanya kepada mStar Online.

Kaka mahu mengetengahkan muzik berbeza.
Kaka ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Uprising Entertainment di iLapar Cafe, Petaling Jaya, di sini pada Sabtu lalu.

Seramai 30 pelajar Maahad Tahfiz Nurul Huda dan 25 penghuni pusat jagaan di bawah naungan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Baitul Sakinah As-Shariff turut diraikan.

Tambah Kaka, populariti yang diraih kini adalah satu bonus bagi dirinya kerana mengganggap ia sebagai pembakar semangat untuk berjaya pada masa depan.

"Sebenarnya saya tidak begitu mengejar populariti semata-mata kerana apa yang lebih penting adalah kejayaan yang diraih itu adalah lebih bermakna.

"Saya rasa populariti adalah satu bonus bagi sesorang artis untuk berkerja lebih keras dalam memartabatkan sesebuahkarya yang dihasilkan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, dalam proses untuk melancarkan single terbaharu bertajuk Terima Kasih  selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
Kaka Azraff, Uprising

Artikel Lain