PETALING JAYA: Pelakon Nazrief Nazri memberitahu gosip hubungannya dan aktres Emma Maembong tidak menjejaskan kerjasama mereka ketika menjalani penggambaran drama Nasi Minyak Kuah Cinta. Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 25, berkata, dia tidak pernah membincangkan soal tersebut dengan pelakon wanita berkenaan ketika di lokasi penggambaran berikutan ia sama sekali tidak benar. "Kami menjalani penggambaran seperti biasa, tidak terganggu atau berasa janggal. Kami juga tidak pernah membincangkan tentang gosip tersebut kerana ia memang tidak benar sama sekali. Salah satu babak melibatkan Nazrief dan Emma dalam drama Nasi Minyak Kuah Cinta. "Lagi pula, setakat ini belum banyak lagi babak yang melibatkan kami bersama, pengarah banyak habiskan babak kecil dahulu," ujarnya kepada mStar Online. Nazrief berkata demikian menjawab tentang khabar angin sebelum ini yang mengaitkan dia sebagai orang ketiga dalam hubungan Emma dan Kamal Adli. Dalam pada itu, Nazrief berkata, dia tidak mahu cepat melatah tentang gosip berkenaan berikutan ia adalah lumrah sebagai seorang selebriti. Nazrief tiada masa untuk cari kekasih. "Setakat ini peminat-peminat pasangan itu pun faham dan tiada yang marah saya. "Biasalah, gosip sebegitu sudah menjadi lumrah seorang artis, pada saya ia tidak menjejaskan pun," ujarnya. Sementara itu, ditanya tentang teman istimewa, pelakon Lara Terindah ini memberitahu, dia masih belum bersedia untuk bercinta. Katanya, selain kerja, fokus utama adalah untuk memberi perhatian kepada ibu bapanya yang baharu sahaja berpisah. "Jadual kerja saya padat sekarang tiada masa untuk cari kekasih tambahan pula ibu bapa saya baru sahaja berpisah, jadi fokus saya untuk menjaga ibu dan buat dia gembira," ujarnya. Nazrief yang baharu sahaja bernaung di bawah syarikat pengurusan baharu iaitu Mind Order Sdn Bhd, mengakui bakal melangkah ke bidang nyanyian. Katanya, dia kini dalam proses untuk mencari dan merakamkan dua buah lagu yang bergenre balada. "Alhamdulillah, saya sudah mengikat kontrak dengan Mind Order pada Ogos lalu dan kerjaya nyanyian saya akan bermula. "Niat untuk menceburi bidang nyanyian ini sudah lama tapi tidak diberi peluang, lagi pula rezeki lakonan saya lebih datang dahulu," ujarnya.