suria

"Saya Tiada Masalah Dengan Elly Mazlein" - Azharina

Azharina Azhar.

PETALING JAYA: Penyanyi Azharina Azhar menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyanyi Elly Mazlein seperti mana yang dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar baru-baru ini.

Azharina, 31, berkata, khabar angin yang ditulis di ruangan pojok itu mungkin sesuatu dicipta hanya ingin membuatkan ruangan itu menjadi lebih hangat.

"Saya tidak tahu tentang perkara ini, pada saya hubungan saya dan Elly baik-baik sahaja dan kami sudah lama kenal.

"Saya rasa berita yang ditulis itu cuma nak bagi gempak sahaja.

"It's okey, itu hak mulut orang untuk bercakap, yang penting saya dan orang sekeliling tahu diri saya bagaimana," ujarnya.

Azharina tiada masalah dengan Elly Mazlein.

Azharina menjawab pertanyaan tentang hubungannya dengan Elly Mazlein yang dikatakan mempunyai masalah apabila penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu secara tiba-tiba menyebut namanya ketika sesi penerangan yang dilakukan Astro untuk program Gegar Vaganza musim ketiga.

Laporan pojok itu menulis, Elly mengeluarkan ayat yang mengaitkan penyanyi lagu Elergi Sepi itu pada acara berkenaan sehingga membuatkan orang lain mula memandang kepadanya.

Sementara itu, ditanya tentang kesediaannya menerima kritikan netizen Azharina berkata, dia tidak mahir menggunakan laman sosial dan internet untuk mengetahui kritikan pengguna laman sosial.

"Saya ni buta IT, jujurnya laman sosial saya orang lain yang tolong buatkan dan Instagram pun baru sahaja aktif, itu pun saya hanya tahu muat naik gambar sahaja.

"Jika ada orang kritik di laman sosial saya mungkin orang yang paling lambat tahu," ujarnya.

Azharina Azhar, Elly Mazlein

Artikel Lain