SHAH ALAM: Penyanyi Razis Ismail menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Ahad. Pada konsert berkenaan Razis menyanyikan lagu nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah berjudul Bunga Pujaan mendapat markah tercorot daripada juri profesional yang mengadili para peserta. Seperti dua musim terdahulu, Gegar Vaganza menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap. Manakala penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan tampil sebagai juri jemputan pada konsert minggu ini.Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri. Sementara itu, Azharina dipilih sebagai pemenang Vokal Paling Menyengat pada minggu ini.Pada konsert itu, Azharina menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Sheil Majid iaitu Sinaran. Gegar Vaganza 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Ia turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).