suria

Dating Dengan VIP? Orang Sekeliling Penuh Prasangka - Amelina

Amelina

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amelina berkata, segelintir orang sekeliling mempunyai sikap prasangka apabila melihat seseorang artis tanpa mengetahui perkara sebenar.

Amelina atau Nurazlina Amir Sharifuddin, 43, berkata, kerjaya seseorang artis menuntut mereka untuk bertemu dengan pelbagai peringkat manusia dan kadang-kala dengan orang yang tidak dikenali.

"Kerjaya saya sebagai seorang penyanyi seringkali menuntut untuk bertemu dengan macam-macam orang di mana kadang-kala saya sendiri tidak kenal siapa mereka secara peribadi.

"Jadi bila ada yang kata kononnya nampak saya berdating dengan golongan yang dikatakan VIP itu, boleh jadi ketika itu kami sedang berurusan soal show,” katanya kepada mStar Online.

Penyanyi dangdut ini memberi penjelasan berhubung dakwaan mengatakan dia pernah dilihat keluar bersama lelaki berstatus VIP di sebuah restoran terkenal di ibu kota baru-baru ini.

Amelina ditemui pada showcase Suria Jam anjuran Suria FM bersama penyampainya iaitu Bob Ringgo di perkarangan pusat beli-belah Sogo, di sini, pada Rabu.

Amelina ketika membuat persembahan sempena Showcase Suria FM Jam di perkarangan pusat beli-belah Sogo pada Rabu.

Selain Amelina, penyanyi Haqiem Rusli turut sama-sama memeriahkan persembahan selama tiga jam itu bermula pukul 1 tengahari.

Manakala pada Khamis persembahan yang sama turut berlangsung di Dataran Medan Pasar, Kuala Lumpur dari pukul 1 hingga 3 petang dengan persembahan artis, Khai Bahar dan Azharina.

Dalam pada itu ujar Amelina, setiap urusan dengan pihak-pihak tertentu ditemani adik lelakinya dikenali sebagai Angah yang juga pengurs peribadinya.

Pelantun lagu Asyik ini berkata, dia kini bahagia dengan kehidupannya di samping enam orang cahaya mata di sisi.

"Bila kita sudah ada tangggujawab seperti anak-anak, kita sanggup letak tepi perkara lain termasuklah memikirkan soal teman hidup.

"Pun begitu, ia tidak bermakna saya menolak kehadiran lelaki, cuma sesekali perasaan serik itu timbul kerana kehidupan yang saya lalui sebelum ini banyak pahit berbanding manisnya,” jelas Amelina.

Katanya lagi sebagai seorang wanita, adakala sikap manja dirinya sering disalah-ertikan sebilangan lelaki yang mengharapkan cinta.

Bagaimanapun akui Amelina, hatinya sehingga kini masih lagi kosong dan hanya menyerahkan soal jodoh kerpada ketentuan takdir.

Amelina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain