PETALING JAYA: Penyanyi Ronnie Hussien menganggap terdapat rahmat atau hikmah di sebalik penyingkirannya daripada Kumpulan Hyper Act kira-kira dua tahun lalu yang menyaksikan peningkatan mendadak kerjaya seninya. Ronnie atau Shahron Hussien, 36, berkata, ia terbukti selepas single nyanyian dia iaitu Dikoyak Waktu berjaya mendapat tempat dan terbaharu Menanti Janji memperoleh tontonan tinggi di YouTube. "Saya melalui pelbagai sutuasi dalam dunia seni. Dulu bersama grup, selepas tu solo, kemudian bersama grup semula dan solo kembali. Ronnie Hussein. "Selepas disingkirkan dari Hyper Act, saya mucul dengan single Dikoyak Waktu dan Alhamdulillah, ia berjaya mendapat tempat. "Terbahru lagu Menanti Janji yang menjadi runut bunyi drama Biar Aku Jadi Penunggu turut sambutan,” katanya kepada mStar Online. Kata Ronnie, Menanti Janji yang dimuat naik di YouTube pada 31 Disember lalu ditonton lebih 1 juta kali dalam masa tidak sampai sebulan. Ujarnya, pencapaian itu merupakan satu rezeki selepas pelbagai pengalaman pahit manis dilaluinya. Menanti Janji merupakan lagu ciptaan Ippo Hafiz dan liriknya pula merupakan kolaborasi komposer itu dengan Janna Nick. Karya itu menjadi lagu tema drama Biar Aku Jadi Penunggu lakonan Ashraf Muslim dan Janna Nick siaran TV3 menerusi slot Akasia. Ditanya yang manakah lebih berbaloi sama ada bergerak secara solo atau berkumpulan, Ronnie berkata, menjadi penyanyi solo lebih mudah untuk membuat apa-apa keputusan. Bagaimanapun dia tidak menafikan mengadakan persembahan secara berkumpulan akan memberikan seseorang itu lebih banyak idea. “Saya rasa, kalau ada projek khas yang menuntut saya untuk terlibat dalam mana-mana kumpulan muzik, kenapa tidak?” katanya.