suria

Neelofa Sahkan Berkawan Dengan Kerabat Diraja

Neelofa tidak menyembunyikan gosip yang mengaitkannya dengan seorang kerabat diraja. Foto AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Desas-desus mengenai hubungan pelakon Neelofa Mohd Noor dengan seorang kerabat diraja bukan lagi rahsia apabila aktres itu mengaku sedang berkawan dengan individu berkenaan.

Neelofa, 28, berkata, dia tidak menafikan kerabat diraja berkenaan seorang  yang baik namun dia enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu selepas ia tersebar di laman sosial.

"Saya tidak menafikan memang saya berkawan dengannya dan apa boleh saya katakan beliau ialah seorang kawan yang baik.

Neelofa merayu agar diberikan ruang.
"Saya sebenarnya sudah bersedia dengan situasi ini kerana saya seorang selebriti dan beliau pula seorang kerabat diraja dan kami akan menjadi perhatian.

"Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara ini atau apa juga gosip yang diperkatakan di luar sana," katanya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran koleksi tudung terbaharunya iaitu Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe by Naelofar Hijab di Black Box di sini, Isnin.

Pengacara itu mengulas mengenai desas-desus yang mengaitkannya dengan seorang kerabat diraja baru-baru ini.

Dalam pada itu, Neelofa merayu agar diberikan ruang dan tidak diasak dengan soal peribadi kerana sebelum ini dia sering menerima kritikan hebat di laman sosial disebabkan hubungannya dengan aktor Fattah Amin.

Jelas Neelofa, dia tidak berhak untuk berasa tertekan disebabkan oleh orang lain namun dia mengakui hentaman yang berlaku sedikit sebanyak telah menghancurkan hatinya.

"Berilah saya ruang... beberapa bulan kebelakangan teruk saya kena hentam dan ia membuatkan hati saya hancur.

"Saya tak rasa saya berhak dapat tekanan seperti ini," ujarnya.
Neelofa

Artikel Berikut

Artikel Lain