suria

Saharul Ridzwan Alami 'Mabuk' Hamil

Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena berangkat mengerjakan umrah pada 31 Januari lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Saharul Ridzwan sedang menyesuaikan diri dengan alahan apabila usia kandungan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir kini memasuki usia empat bulan.

Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 28, berkata dia mula mengalami gejala loya dan muntah sejak Januari lalu.

Saharul mula mengalami alahan sejak Januari lalu. 
"Alhamdulillah keadaan isteri dan anak dalam kandungannya sihat. Namun saya sendiri kadang-kadang terasa loya dan muntah.

"Mungkin sebab alahan kandungan isteri. Tapi tidaklah terlalu teruk, keadaan masih terkawal," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman bakal menjadi bapa, Saharul berkata dia memilih untuk tidak berjauhan dengan isterinya.

"Saya bersyukur kerana isteri memahami cara kerja saya yang terpaksa menjalani pengambaran dalam tempoh yang lama.

"Namun sebagai suami, saya memilih untuk tidak terlibat dengan pengambaran di lokasi yang jauh hingga terpaksa meninggalkan isteri keseorangan di rumah," katanya.

Sementara itu Saharul dan Qaabila Deena yang baharu sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini berkata dia tidak kisah mengenai jantina anak sulung mereka itu.

"Kami berdoa agar anak yang bakal lahir nanti sihat dan cukup sifat serta membesar menjadi anak yang soleh," katanya.

Artikel Lain