suria

"Masih Kekok Berambut Pendek" - Fasha Sandha

Fasha Sandha masih kekok berambut pendek. Foto AIMAN ARIFUDDIN

KUALA LUMPUR: Sudah hampir dua bulan tampil berambut pendek, pelakon Fasha Sandha mengakui masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan imej baharunya itu.

Jelas Fasha, 33, dia seakan-akan tidak yakin dengan penampilannya itu sungguhpun menerima maklum balas positif daripada orang sekeliling.

"Bukan tak suka, tapi masih belum selesa. Saya sedang sesuaikan diri dengan imej ini.

Fasha Sandha.

"Tapi disebabkan tugas, saya reda. Saya yakin rambut akan panjang dalam masa lima atau enam bulan lagi.

"Jadi buat masa ini saya cuba menerima perubahan ini secara perlahan-lahan," katanya kepada mStar Online.

Menurut Fasha dia perlu tampil berambut pendek bagi menjayakan watak sebagai Tisha dalam filem Badang arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen.

Jelas Fasha, pada mulanya dia agak keberatan untuk membenarkan rambutnya dipotong pendek kerana bimbang tawaran lakonannya akan berkurangan.

"Pada mulanya saya risau sama ada penerbit akan faham dengan penampilan baru saya ini.

"Tapi Alhamdulillah selepas potong pendek mereka suka, saya diterima dengan baik," katanya.

Tambah Fasha, imej baharu itu juga tidak menjejaskan tanggungjawabnya sebagai duta beberapa produk.

"Syarikat-syarikat yang saya wakili itu sebaliknya lebih suka dengan imej ini. Mereka kata saya kelihatan lebih segar," katanya.

Fasha Sandha

Artikel Lain