suria

Persembahan Pertama Afgan Pada Minggu Setiausaha April Depan

Afgan

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dalam kerjaya nyanyiannya, penyanyi dari Indonesia iaitu Afgan akan membuat persembahan bersempena minggu setiausaha yang akan berlangsung di The Royale Chulan Kuala Lumpur, pada 27 April depan. 

Pengarah Urusan Loudcloud Entertainment & Event Management, Najwa Mohamed Mokhtar berkata, dalam persembahan 2 jam 30 minit itu, Afgan akan mempersembahkan 10 buah lagu daripada empat buah album bersama iringan band peribadinya, The Gandarianz.

"Mengiringi persembahan Afgan, akan ada artis jemputan yang turut memeriahkan persembahan tersebut antaranya ialah Hael Husaini," katanya. 

Najwa Mohamed ditemui mStar Online pada sidang media An Intimate Evening with Afgan and The Gandarianz' yang berlangsung di Barbenque, Bukit Damansara di sini pada Rabu.

Afgan

Afgan bagaimanapun tidak hadir pada majliz itu kerana terlibat dalam satu sesi latihan persembahan pentas di sekitar Kuala Lumpur. 

Tambah Najwa Mohamed lagi, hampir separuh daripada 700 tiket yang dikeluarkan telah habis dijual dalam tempoh dua minggu sejak awal Mac lalu biarpun ada di antara meja berharga RM10,000. 

"Kami mensasarkan 70 peratus pelanggan korporat dan Alhamdulillah, untuk pakej Diamond yang bernilai RM10,000 hanya ada beberapa meja sahaja dijual. 

"Pekej ini akan memberi peluang kepada tetamu untuk menyertai sesi beramah-mesra dan bergambar bersama Afgan selepas persembahan.,” katanya. 

Bagi pekej lain pula yang dijual ialah gansa, perak dan emas masing-masing berharga RM3,000, RM5,000 dan RM8,000. 

Dalam pada itu Afgan dalam ucapan ringkas menerusi sidang video menzahirkan rasa berbesar hati kerana buat pertama kalinya berpeluang membuat persembahan pada acara sedemikain. 

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi 016-64 00677 dan 017-3560838. 

Afgan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain