suria

Riezman Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Riezman kini berada di wad kecemasan Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

PETALING JAYA: Pelakon Riezman Khuzaimi dimasukkan ke Hospital Shah Alam dekat sini pada Khamis selepas disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Isterinya, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad memberitahu Riezman dikejarkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.

"Doktor memberitahu paru-parunya dijangkiti kuman namun keadaannya sekarang stabil cuma tekanan darahnya rendah.

"Sekarang dia masih ditahan di wad kecemasan sementara menanti keputusan ujian yang dilakukan doktor.

"Saya bawa dia ke hospital tengah hari tadi selepas mengadu tidak sihat," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Normaziah berkata, Riezman mula tidak sihat dan mengalami demam berterusan sejak seminggu lalu.

Katanya, dia diserang penyakit itu mungkin disebabkan jadual dan bebanan kerja yang padat sehingga menyebabkan suaminya itu jatuh sakit.

"Sudah seminggu dia mengalami demam, tetapi sekejap baik dan kembali tidak sihat sehinggalah pagi ini.

"Bebanan kerjanya yang sangat padat berkemungkinan menyebabkan dia jatuh sakit," ujarnya.

Riezman Khuzaimi

Artikel Lain