suria

'Doakan Saya & Redza' - Ayda Jebat

Redza Rosli dan Ayda Jebat kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Ku Kirim Cinta. Foto DARRAN TAN

PETALING JAYA: Akibat sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Redza Rosli, pelakon Ayda Jebat akhirnya mengakui tidak menolak andai jodohnya adalah bersama aktor berkenaan.

Bagaimanapun menurut Ayda, 25, dia tidak meletakkan tempoh tertentu untuk menamatkan zaman bujang sebaliknya menyerahkan soal itu kepada ketentuan takdir.

“Kalau rasa saya sesuai dengan Redza, aminkan sahaja lagipun ia perkara yang baik.

“Namun buat masa ini saya dan Redza adalah kawan baik dan saya sendiri tak meletakkan sasaran tertentu mengenai sampai bila kami harus berkawan… tak ada tarikh luput,” katanya kepada mStar Online.

Keintiman Ayda dan Redza, 25, mula dihidu peminat apabila pasangan itu sering memuat naik gambar bersama di laman sosial masing-masing yang mempamerkan kemesraan mereka khususnya di lokasi pengambaran drama rantaian Ku Kirim Cinta.

Ayda Jebat letak hubungan dengan Redza kepada jodoh.

Akui penyanyi Pencuri Hati itu lagi, dia bersikap terbuka apabila gosip mengaitkan dia dan Redza sering diperkatakan selagi ia tidak membawa persepsi negatif.

“Tak ada isu yang begitu kontroversi atau melibatkan perkara negatif dan buat masa ini saya selesa dengan apa yang kami lakukan,” katanya.

Ditanya mengenai harapan peminat yang mengharapkan mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri, Ayda sekali lagi berharap agar semua pihak mendoakan mengenai kebaikan untuk dirinya.

Redza Rosli.

“Peminat ada pelbagai harapan, saya tak boleh jaga perasaan semua orang kerana saya perlu jaga perasaan sendiri dan keluarga saya,” katanya.

Ditanya mengenai keperibadian Redza yang membuatkan dia selesa untuk berkawan, Ayda berkata sikap pemalu yang ada pada aktor itu dianggap sebagai sesuatu yang istimewa.

“Redza adalah seorang lelaki yang sangat pemalu malah ketika di set pengambaran dia lebih selesa buat hal sendiri.

“Jadi pada awalnya sudah bagi saya untuk buat dia lebih terbuka namun lama kelamaan saya berjaya juga.

"Saya banyak ajar dan beri nasihat supaya bergaul dengan kru dan orang sekeliling,” katanya.

Artikel Lain