suria

Gagal Ke Final, Balqis Akan Jadi Pelakon & Penyanyi

Balqis ada pakej lengkap untuk bersaing dalam industri hiburan.

SHAH ALAM: Peserta Mentor Milenia 2017 Balqis yang tersingkir pada separuh akhir program itu mempunyai bakat yang besar untuk bersaing dalam industri seni tanah air.

Mentornya, Hazama berkata, dia mempunyai perancangan besar buat anak didiknya itu terutama dalam melebarkan bakatnya ke bidang lakonan.

Persembahan Balqis pada malam separuh akhir Mentor Milenia 2017. - FOTO THE STAR RAYMOND OOI

"Saya sedih Balqis terkeluar malam ini (Ahad) kerana dia mempunyai bakat seorang penghibur dengan pakej yang lengkap untuk bersaing dalam industri hiburan.

"Industri kita sekarang bukan hanya bersandarkan kepada suara sahaja. Saya sudah ada perancangan besar, selain menjadi penyanyi, saya akan selitkan dia untuk jadi pelakon," ujarnya kepada mStar Online.

Balqis atau nama sebenarnya Nor Balqis Ahmad Tajudin, 18, menamatkan saingan selepas mendapat markah terendah pada program separuh akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, di sini.

Pada malam tersebut, Balqis menyampaikan lagu Kau Atau Aku dan lagu duet Jangan Pikirin Abang bersama Hazama.

Balqis diumum tersingkir.

Dalam pada itu, Hazama berkata, usia Balqis yang masih muda juga memberi peluang kepadanya untuk lebih berkembang selepas berada dalam industri.

"Saya yakin dia boleh menjadi lebih baik kerana usia dia masih muda dan dua tahun dia akan lebih matang.

"Pada saya dia boleh jadi penanda aras bagi pendatang baru dalam industri seni" ujarnya.

Sementara itu, empat peserta iaitu Usop, Syeera, Along, dan Elica bakal berentap di pentas Mentor Milenia 2017 akhir pada minggu depan.

Balqis, Mentor Milenia

Artikel Lain