BAWA bertenang kepada semua peminat-peminat penyanyi Ed Sheeran. Ada berita baik!
Penyanyi terkenal itu akan mengadakan konsert keduanya di Malaysia pada November depan. Ha! Teruja tak?
Konsert itu bakal diadakan pada 14 November ini bertempat di Axiata Arena (sebelum ini dikenali sebagai Stadium Putra) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Konsert itu sebagai menyokong pelancaran album terbaharunya yang berjudul ÷ (Divide) yang dilancarkan pada Mac lalu.
Album itu sendiri mencipta sejarah apabila ia terjual sebanyak 672,000 salinan di Britian dalam masa seminggu dan menjadikan ia album paling laris oleh penyanyi lelaki di negara itu.
Ed yang pernah popular menerusi lagu seperti Thinking Out Loud, Sing dan Photograph pernah mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada 2015.