suria

Ezzaty Abdullah Sahkan Hamil 9 Minggu

Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah.

KUALA LUMPUR: Aktres Ezzaty Abdullah mengesahkan kini sedang hamil sembilan minggu. 

Perkara itu disedari pada tiga minggu selepas dia mengunakan alat menguji kehamilan. 

Isteri kepada aktor Azwan Kombos sebelum ini pernah mendedahkan rasa sedih apabila hajatnya untuk hamil ketika menunaikan umrah tidak kesampaian. 

"Pada mulanya saya rasa pelik mengapa sudah 45 hari tidak datang haid. Saya tidak mahu berharap yang saya hamil kerana sebelum ini saya pernah kecewa. 

"Saya beritahu Azwan tentang itu dan dia minta saya buat pemeriksaan terlebih dahulu. Alhamdulillah keputusan positif saya yang saya hamil," ujarnya kepada mStar Online. 

Ezzaty ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan Astro 2017 di Dataran Wau, Kompleks Kraf, di sini, Selasa. 

Dalam pada itu, Ezzaty berkata, dia belum lagi mengalami alahan seperti yang dilalui wanita hamil lain. 

"Sekarang ini saya masih belum muntah-muntah teruk hanya beberapa hari sekali sahaja. 

"Saya lihat Azwan pula yang sering sakit kepala dan tidak sihat, mungkin dia yang terkena alahan itu," ujarnya. 

Sementara itu Ezzaty berkata, dia masih meneruskan beberapa penggambaran drama dan filem sehingga Aidilfitri sebelum bercuti panjang. 

Dia dijangka bakal melahirkan cahaya mata pertamanya itu pada Disember depan. 

Ezzaty dan Azwan Kombos mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016.

Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Lain