suria

Putri Balqis Rehat 6 Bulan Untuk Keluarga

Putri Balqis

KUALA LUMPUR: Lama tidak muncul dalam filem dan drama tempatan, pelakon kanak-kanak Puteri Balqis sebenarnya mengambil langkah memperlahankan kerjaya seninya. 

Balqis atau mesra dengan sapaan Aqish, 10, berkata, dia baharu sahaja kembali menerima tawaran selepas enam bulan berehat. 

Dia membuat keputusan tersebut untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. 

"Saya kurangkan aktiviti lakonan kerana ingin luangkan masa bersama keluarga. 

"Sejak berlakon, masa dengan keluarga agak terhad. Buat masa ini saya akan ambil sesebuah tawaran kemudian berehat panjang. Macam sekarang ini saya baru sahaja kembali berlakon selepas enam bulan berehat," ujarnya kepada mStar Online. 

Putri Balqis

Balqis ditemui pada pelancaran poster filem Makrifat Cinta yang diadakan di Pitching Centre, di sini, Isnin. 

Pelakon drama Balqis ini diminta mengulas tentang kerjaya lakonannya yang sedikit suram berbanding tahun lalu. 

Dalam pada itu, bercerita tentang pemilihan skrip, Balqis berkata, dia tidak terlalu memilih naskhah, namun bersyukur sering diberikan watak yang bagus. 

"Saya tidak memilih, selalunya jika saya terima ia kerana masa yang sesuai. Tapi kebanyakkan yang datang adalah watak-watak berat yang bermain dengan emosi. 

"Namun kalau diberi watak lain yang ringan atau bukan watak utama saya terima juga," ujarnya. 

Sementara itu, ditanya tentang filem Makrifat Cinta, Balqis berkata, dia bergandingan dengan pelakon utama Syamsul Yusof yang membawa watak sebagai bapanya dalam filem berkenaan. 

Katanya, filem berkenaan antara karya yang mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon. 

"Filem ini sangat mencabar memerlukan saya dan pelakon lain melakukan aktiviti lasak," ujarnya. 

Filem arahan Kamal G ini dijangka ditanyangkan pada Ogos atau September depan.

Putri Balqis

Artikel Lain