suria

Siapa Wanita Jelita Dengan Raja Afiq?

Foto Raja Afiq bersama seorang wanita cantik menjadi tanda tanya.

SEJAK percintaannya dengan aktres Anis Al-Idrus berakhir pada Oktober tahun lalu, pelakon Raja Afiq dilihat agak menyepi daripada sebarang kisah-kisah melibatkan peribadinya.

Tapi nampaknya ia tak lama apabila gambar mesra pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu bersama seorang wanita jelita tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Menerusi foto kiriman pembaca kepada mStar Online, Raja Afiq turut meninggalkan komen romantik kepada wanita yang dipercayai bertugas sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Adakah pelakon tersebut kini sudah ada pengganti atau sekadar teman biasa sahaja? Maklumlah, petang ini pun bekas kekasihnya Anis bakal mengumumkan tarikh perkahwinan.

Jom kita baca komen Raja Afiq tentang wanita cantik itu!

Raja menjelaskan Shafirah adalah sepupunya.

"Itu sepupu sayalah, kami memang rapat masa kecil tapi selepas itu terpisah, sekarang baru jumpa dan rapat balik.

"Nama dia Shafirah, berusia 24 tahun, saya sayang dia macam sayang kakak sahaja.

Kapsyen I Love You memang saya selalu komen untuk ahli keluarga yang rapat," ujarnya kepada mStar Online.

Menurut pemilik nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 23, ini, dia tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap Shafirah.

Katanya adalah mustahil untuk di menjalinkan hubungan istimewa dengan saudara sendiri.

"Tak bercinta pun, kalau boleh berkahwin sekali pun bukan dengan sepupu sendiri kerana saya mahu wanita yang tiada kaitan keluarga.

"Saya masih single lagi sekarang ini, tiada kekasih," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang pengumuman perkahwinan bekas teman wanitanya, Afiq berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Anis.

"Saya ucapkan tahniah dan semoga bahagia hingga ke jannah kepada dia. Saya doakan yang baik-baik sahaja," ujarnya.

Raja Afiq

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain