suria

Kenapa Mata Akim Ahmad?

Foto selfie yang dikongsikan Akim mendapat perhatian netizen.

BAHARU dua hari menjalani ibadah Ramadan macam-macam gelagat lucu artis yang dikongsikan di laman sosial Instagram.

Terkini, vokalis Akim & The Majistret iaitu Akim Ahmad memuat naik gambar sebelah kanan matanya bengkak mendapat perhatian netizen.

Menurut perkongsian tersebut, Akim yang kini berada di kampung isterinya Stacy di Penampang, Sabah berkata matanya terkena serangan penyengat.

"Mata bengkak kena gigit penyengat rasanya ni, dugaan Ramadan" tulisnya yang turut memuat naik foto serangga tersebut. 

Perkongsian tersebut turut menerima lebih 16,000 like dan 378 komen peminat yang mendoakan agar penyanyi lagu Mewangi itu cepat sembuh. 

Dalam pada itu, Netizen yang prihatin turut berkongsi petua-petua untuk mengurangkan bengkak dan bisa serangga berkenaan.

Akim Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain