suria

Usop Gelabah!

Usop disaran Hazama supaya lebih mengenali pihak media.

NAIB Juara Mentor Milenia 2017, Usop mengakui sejak melalui beberapa kontroversi termasuklah dikatakan bersikap besar kepala dan 'kekwat' bersama pihak media, penyanyi ini mengalami sedikit tekanan emosi.

Namun, kata Usop, 20, perkara itu tidak berlarutan tetapi cukup untuk memberi pengajaran kepadanya agar lebih peka dengan persekitaran industri seni yang baru diceburinya.

"Sebagai orang baru, tidak dinafikan gosip itu membuatkan saya sedikit gelabah dan tertekan pada awalnya, namun abang Hazama banyak menenangkan saya.

Usop akui tidak sabar untuk memilki lagu sendiri.

"Seperti apa yang pernah saya katakan sebelum ini, saya masih terlalu hijau dalam industri dan tidak semua perkara saya tahu. Tegurlah saya kalau salah," ujarnya dengan lafaz maaf.

Dalam pada itu, kata pemilik nama Muhammad Saiful Naim Muhd Noor ini lagi, tidak timbul soal dia cuba menyalahkan mentornya setelah isu tidak mahu memberi nombor telefon kepada pihak media mula dibangkitkan.

Katanya, apa yang berlaku sememangnya mencetus sedikit kekeliruan tidak sahaja pada dirinya sendiri, tetapi juga kepada pihak media.

"Bila abang Hazama pesan, jangan bagi nombor telefon kepada sembarangan orang, saya terus pegang pesan itu dan tak sangka buat rakan-rakan media terasa sehingga menyukarkan kerja-kerja mereka. Saya ni jenis ikut je bang..." ujarnya ketawa kecil.

Malah kata Usop, dia lega apabila mentornya itu memahami kekeliruan itu dan meminta dia mulai belajar mengenali pihak media dengan lebih dekat.

"Abang Hazama pernah berkata, selepas ini saya harus bijak membawa diri kerana tidak selamanya dia akan memantau saya," katanya.

Menjawab tentang produk seni terbaru, Usop berkata sehingga kini dia belum mempunyai sebarang single namun perancangan ke arah itu sudah ada.

"Kalau ikutkan perasaan tidak sabar, esok juga saya nak ada lagu sendiri. Tetapi saya tahu pegurusan saya ada perancangan yang baik untuk saya. Jadi, saya harap peminat pun sama-sama bersabar ya," akhirnya penuh harapan.

Usop Mentor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain