suria

Izzue Islam Rancang Jumpa Pakar

Izzue dan Awin menyambut ulang tahun perkahwinan keempat pada Jumaat.

EMPAT tahun mendirikan rumah tangga pelakon dan penyanyi Izzue Islam dalam satu status ucapan ulang tahun perkahwinannya dengan pengurus Awin berharap dapat menyambut ulang tahun kelima perkahwinan secara bertiga.

Status yang dimuat naik Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 27, mendapat perhatian dan menyentuh hati peminat yang mendoakan pasangan tersebut dikurniakan zuriat secapat mungkin.

Ada dikalangan peminat yang turut mengesyorkan agar pasangan tersebut membuat rawatan dan bertemu pakar sebagai salah satu usaha seperti yang dilakukan pasangan Fizo Omar dan Mawar.

"Ya, siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni.

"Insya-Allah, suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami," ujarnya kepada mStar Online.

Status Izzue yang dimuat naik pada Jumaat menyetuh hati netizen.

Izzue dan Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin  berkahwin pada 2 Jun 2013.

Sementara itu, Izzue berkata, dia menjalani kehidupan dalam rumah tangga selama empat tahun ini dengan bahagia.

Biarpun mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia dan populariti yang sedang meningkat, Izzue yakin ia bukan satu kesilapan.

"Saya bahagia menjalani kehidupan sebagai suami-isteri. Empat tahun berlalu bagaikan baharu sahaja kami disatukan.

"Keputusan saya untuk berkahwin awal juga tidak langsung menjejaskan kerjaya seni saya, malah diberi rezeki yang lebih banyak," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang rahsia kebahagiaan yang diamalkan, Izzue berkata, saling faham memahami adalah kunci rumah tangganya kekal bahagia.

"Sedangkan lidah kagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh manja itu biasa sebab lepas gaduh kita pujuk memujuk.

"Bagi kami saling faham dan percaya antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumah tangga," ujarnya.

Mengenai perkembangan terbaharu Izzue baharu sahaja muncul dengan single solo kedua ciptaannya sendiri berjudul Sahabat. Lagu berkenaan juga menjadi lagu tema Megat Extent di Astro Warna.

Selain itu, drama Ops Cinta Din Sardin dan Pengemis Itu Saudaraku yang bakal ditayangkan selepas raya nanti.

Izzue Islam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia