BOLEH dikatakan trend peminat sekarang gemar menjodohkan artis kesayangan dengan pilihan mereka. Baru-baru ini peminat heboh nak jodohkan penyanyi Aiman Tino dengan pelakon Sweet Qismina. Keterujaan mereka untuk melihat Aiman dan Sweet Qismina bercinta bermula sejak penyanyi lagu Permata Hati ini memuat naik foto mereka berdua di laman Instagram miliknya. Ruang foto itu dipenuhi dengan komen peminat Aiman dan Sweet yang mahu mereka menjadi pasangan kekasih. Malah ada juga segelintir peminat yang ingin melihat mereka berkahwin. Aiman Tino. Aiman, 19, antara bintang baru yang meningkat naik secara mendadak dan mempunyai ramai peminat biarpun kehadirannya di industri seni boleh dikatakan baru setahun jagung. Ada juga peminat perempuan yang meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat Aiman dan Sweet bersama. Antara masej yang ditinggalkan seperti berikut: @nuraafaa : boleh naik pelamin ni @nqyhnzm : muka samalah, ada jodoh hahaha @sweetqismina @official_aimantino @rina.waf : Sweet lah korang ape salahnya kalau korang bercinta kan @sweetqismina @official_aimantino @officiall_nina012 : handsome haihh jealous @lerry_nilikcon : sakit pula kita Sehingga kini Aiman mahupun Sweet tidak memberi sebarang maklum balas di ruang komen. Mana tahu apa yang diperkatakan peminat-peminat mereka menjadi kenyataan. Apa-apa pun, Aiman dan Sweet masih muda dan perjalanan mereka masih lagi jauh untuk memikirkan hal perkahwinan. Untuk bercinta, mungkin tiada halangan. Masing-masing masih solo, apa salahnya kan!