suria

Perasaan Khai Bahar Tersentuh

Khai Bahar (kanan) melihat adik Muhammad Danish Rayyan sambil diperhatikan ibu kanak-kanak itu, Nora.

BERPELUANG mendampingi insan kurang bernasib baik sering membuatkan kita terfikir betapa bertuahnya kita jika dibandingkan mereka. 

Begitulah yang dirasai penyanyi Khai Bahar, 23, apabila dia berpeluang melihat keadaan pesakit kanak-kanak di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Hatinya bertambah tambah tersentuh saat melihat keadaan salah seorang pesakit yang meminati lagu dan suarannya. 

Melihat keadaan si kecil bernama Muhammad Danish Rayyan, 5, Khai memberitahu dia tidak dapat menahan rasa sebak sehingga tidak terluah dengan kata-kata. 

"Hati saya tersentuh apabila adik Danish yang baru berusia lima tahun mengenali dan meminati saya. Tambah menyayat hati bila saya melihat keadaan Danish yang perutnya baru sahaja ditebuk. 

"Tak dapat nak bayangkan kesakitan yang ditanggung si kecil ini. 

Artis dan penyampai radio Suria FM bersama pesakit kanak-kanak di wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

"Ketika Danish memandang saya dengan wajah terujanya, perasaan menjadi sayu   tidak terkata," kata Khai ketika ditemui di program tanggungjawab sosial korporat anjuran Suria FM di wad kanak-kanak HKL, pada  Rabu. 

Sementara itu, ibu kepada Muhammad Danish iaitu Nora, 37, pula tidak dapat menahan air mata melihat wajah teruja anaknya yang dapat berjumpa penyanyi kesukaan anaknya itu. 

Menurut Nora, anaknya mengidap penyakit sawan yang sukar dikawal dengan ubat-ubatan sejak setahun lalu. 

Setiap sebulan sekali, Danish terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Selain Khai, acara ini turut disertai Wany Hasrita, Tajul, Johan As'ari dan penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin, Tyzo, Bob Ringgo dan Suraya. 

Program ini bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara selebriti, penyampai radio dan pesakit kanak-kanak pada bulan Ramadan. 

Selain membuat lawatan, Suria FM juga memberikan sumbangan kepada pesakit dan jururawat bertugas.

Khai Bahar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain