suria

Dulu Menyanyi, Sekarang Mengaji - Mizz Nina

Mizz Nina lebih gemar meluangkan masa dengan membaca Al-Quran.

JIKA sebelum ini boleh dikatakan setiap hari Mizz Nina menghabiskan masa dengan menyanyi. Maklum sajalah dah dia penyanyi. 

Kini semuanya sudah berubah selepas Mizz Nina berhijrah dengan memakain hijab sejak 2013 tetapi aktivitinya lebih tertumpu kepada bidang lain apabila ia digantikan dengan membaca Al-Quran pada setiap pagi manakala hujung minggu pula dia menghadiri kelas mengaji. 

"Setiap pagi saya akan membaca Al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula. Saya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-hari saya.

"Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari.

"Buat masa ini, saya masih lagi dalam proses belajar sebutan ayat dengan tepat dan betul," kata Mizz Nina yang lebih selesa menjadi pengacara. 

Mizz Nina (tengah) bersama dua orang rakan kongsinya, Syahir Ismail dan Ili Zuhair Amdan yang menubuhkan saluran televisyen internet berkaitan fesyen diberi nama DOPS TV.

Mizz Nina atau Syazrina Azman, 36, ditemui ketika sidang media pelancaran The Mizz Nina's Show di Wisma UOA, Damansara pada Khamis.

Program yang berkonsepkan perbincangan Islamik ini sudah bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa di Astro Oasis pukul 11.00 malam.

Dalam pada itu, isteri penyanyi Noh (Hujan) ini memberitahu dia sedang berusaha menguatkan diri untuk sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya.

"Saya masih lagi berusaha keras untuk memastikan penghijrahan saya tidak terhenti di separuh jalan. Sebab itu orang selalu cakap bila nak berubah ke arah yang lebih baik ini kena istiqamah.

"Selain itu, kawan-kawan yang rapat juga memainkan peranan penting. Kena saling mengingati satu sama lagi untuk melakukan perkara yang wajib dan baik," ujarnya. 

Karanya, memilih untuk melakukan penghijrahan besar dalam hidup bukan sesuatu perkara mudah. 

Perlu ada kekuatan dalam diri dan tetapkan pendirian supaya tidak lagi menoleh ke belakang.

Mizz Nina

Artikel Sebelum

Artikel Lain