suria

Nourul Wahab Juga Jadi Mangsa Macam Tok Ram

Nourul berharap pihak stesen televisyen selepas ini tidak terlalu berkira soal pembayaran artis.

PENGARAH muzik Datuk Ramli MS yang menyelar sebuah stesen televisyen kerana masih membuat bayaran 'ciput' kepada artis turut mendapat reaksi Nourul Wahab kerana dia pernah menjadi mangsa.

Nourul, 39, memberitahu, dia terpanggil untuk berkongsi kenyataan Ramli MS tersebut kerana dirinya berada dalam situasi itu sehingga berasa serik untuk menerima sebarang tawaran dari stesen TV berkenaan.

"Saya terpanggil nak kongsi perkara tersebut sebab dah waktunya nak kena tegur sesetengah produser dan stesen TV yang meletakkan artis ni macam 'tak perlu hidup' atau tak perlu wang. 

"Yalah... macam kita tak ada bil nak dibayar setiap bulan? TV buat duit banyak menerusi iklan, tapi artis?

"Saya rasa dah tiba masanya orang seperti Tok Ram (Ramli MS) ni tegur sebab ada kebenarannya," kata Nourul kepada mStar Online.

Maklumbalas Nourul yang bersetuju dengan kenyataan Datuk Ramli MS sebelum dimuatnaik di Instgramnya @nouruldepp pada jumaat.

Dalam pada itu katanya, pengalaman dibayar 'ciput' sebuah stesen TV menjadi antara sebab kenapa dia jarang muncul di televisyen.

"Ya, selain sibuk dengan jadual harian lain, itu antara sebab kenapa saya jarang muncul di TV. Hanya di Astro sahaja.

"Setakat ini mereka lebih tahu menghargai artis biarpun adakalanya bayaran dibuat agak lewat tetapi setidak-tidaknya jumlahnya setimpal dan lebih baik," katanya.

Tambahnya, pernah satu ketika dia terpaksa menegur seorang kakitangan sebuah program TV kerana ingin menuntut hak dan keadilan sebagai seorang artis.

"Saya kata padanya, kita semua kerja kerana wang, ada bil yang perlu dibayar setiap bulan.

"Kalau kamu dibayar setimpal dengan kerja kamu buat disebabkan tenaga dan masa yang kamu habiskan, sama jugalah artis!" tegasnya.

Datuk Ramli MS pada statusnya di Facebook melahirkan rasa tidak puas hati apabila artis dibayar RM300 untuk sebuah program hari raya seolah-oleh berada pada tahun 1972.

Dalam status itu Ramli turut menyindir adalah lebih baik stesen berkenaan mengambil pekerja Bangladesh untuk membuat persembahan.

"Tip dari saya untuk artis-artis, kalau ada offer macam ni,  jawab kat produser tu: Aku bagi ko (kau) RM300 ko jangan call aku lagi ok," katanya.

Nourul Wahab

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain