UNTUNGNYA bayi yang sedang dikandungkan oleh pelakon Amyra Rosli. Mana tidaknya, belum pun dilahirkan sudah dilimpahi dengan pelbagai rezeki. Inilah orang kata rezeki anak. Ikut cerita Amyra, dia banyak mendapat pelbagai hadiah daripada peminat untuk anaknya. "Alhamdulillah syukur sangat, rezeki anak orang kata. Memang banyak hadiah yang saya dapat untuk anak walaupun dia belum pun dilahirkan. "Saya tidak perlu beli pun barangan bayi kerana hadiah diberikan peminat terlalu banyak, Alhamdulillah," katanya. Amyra dan pelakon Amar Baharin bernikah pada 11 November tahun lalu dan pasangan itu dijangka menimang cahaya mata pertama penghujung tahun ini. Dalam pada itu, Amyra berkata, dia akan berehat daripada dunia lakonan sehingga selepas bersalin dan ingin menikmati saat kehamilannya tanpa sebarang tekanan dan bebahan kerja. "Alhamdulillah pada tahap sekarang keadaan saya okey cuma perlu banyakkan berehat. "Saya berehat berlakon seketika untuk memberi perhatian kepada kehamilan," ujarnya. Ditanya mengenai jantina anaknya, Amyra berkata, dia tidak kisah mengenai perkara itu asalkan bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan cukup sifat. "Tak kisah, lelaki ke perempuan janji dia sihat dan itu sudah menggembirakan kami," katanya.